Monday, August 30, 2010

Merdekakah Kita?


Assalamualaikum... Apa khabar semua? Diharap agar semua dalam keadaan sihat sejahtera dan aman damai...

Hari nie dah genap 53 tahun kita bebas dari penjajahan.. Hari yang disambut oleh semua rakyat Malaysia.. 31 Ogos 1957 tarikh keramat pembebasan Malaysia..

Tarikh di mana kita mula untuk berdiri bangga dan kukuh dalam membina jati diri bangsa dan mengamalkan sikap tolong menolong membangunkan bangsa.. Hari Kemerdekaan Malaysia!

Namun jauh di sudut hati aku, masih lagi rasa kecewa kerana bangsa Malaysia masih lagi tidak bebas dari pengaruh Barat, lihat saja trend pakaian dan budaya anak-anak zaman kini..
Jauh dari zaman kemerdekaan dulu.. dengan budaya kuning dan pergaulan bebas yang berleluasa...

not to mention pembuangan bayi serta kes-kes jenayah yang tiada kesudahannya.. serta adanya sedikit sebanyak sentimen perkauman dalam setiap perbalahan tidak kira di peringkat bawahan atau atasan..

THIS HAS TO STOP! Kenapa aku cakap pasal benda nie? Kita sebenarnya tidak menikmati lagi kurniaan Allah dengan kemerdekaan yang kita kecapi sekarang ini bahkan kita sendiri yang merosakkan bangsa Malaysia...

Hari Kemerdekaan sebenarnya tidak perlu disambut dan digahkan dengan percikan bunga api mahupun tembakan meriam, konsert dan disko yang tanpa henti serta mengira detik tibanya jam 12 malam...

HARI KEMERDEKAAN seharusnya disambut dengan doa dan penuh kesyukuran kerana kita masih lagi berada di bumi Allah ini, berterima kasih dengan segala pemberian dan nikmat kemerdekaan yang dikecapi..

Mengenang nasib pejuang bangsa dengan mendoakan kesejahteraan roh mereka serta berazam untuk menumpahkan bakti dan jasa hanya pada negara... serta mengamalkan dasar tolak ansur dan perpaduan sesama kaum kerana itu jua amalan Rasulullah yang tercinta..

Jangan provokasi atau saling kutuk mengutuk antara satu sama lain.. berfikiran secara rasional akal dan tidak membabi buta dengan menyalahkan orang lain serta tidak didorong dengan hawa nafsu dalam membuat setiap keputusan... ini bukan sunnah Rasul..

Kadang-kala aku berasa bahawa pemikiran remaja lebih ke arah kedewasaan dari pemikiran dewasa yang semakin ke arah kebudak-budakan.. ini hanyalah pandanganku.. namun bukan semua.. hanya segelintir..

Seharusnya bulan Kemerdekaan dan juga bulan Ramadhan ini kita harus tazkirah diri kita dan bermuhasabah diri agar kita tidak lalai dan leka dengan segala nikmat keamanan dunia ini.. Kerana Allah Maha Mengetahui perjalanan hidup kita... hanya Dia yang menentukan bilakah kita dihitung di sana...

Jadi, mari bersama bersyukur kepadaNya dan berdoa agar rakyat Malaysia terhindar dari malapetaka dan bencana serta ancaman...
dan.. memohon keredhaanNya agar kita dapat berada di syurgaNya..untuk bertemu denganNya..

Terima Kasih kerana membaca.. Assalamualaikum...

nukilan AhmadIqbalHakim.. 6.49 pagi, Selasa, 31 Ogos 2010

Tuesday, August 10, 2010

Marhaban Ya Ramadhan..


Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Kaifa Ha Luka? Harapnya semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya..
Alhamdulillah masih lagi kita hidup di muka bumi ini.. untuk menunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim sejati...

Tepat pada jam 8.30 malam aku mendengar pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menyatakan bahawa pada hari rabu ( esok ) dah start berpuasa.. and as usual orang yang sama jugak yang menyampaikan pengucapan tue.. hehehe.. how authentic..

Hehehe.. bila mengimbau kembali zaman kanak-kanak aku.. sememangnya penuh dengan hilang tawa dan riang ria... xleh bayangkan macam mana sambut raya masa kecik-kecik dulu.. nasib baik la aku x pernah ponteng pose ( seriusly.. memang xpernah..= D )

Bila dah jer diberitahu nak pose esok, aku bukan main lagi seronok.. mana taknya.. jumpa kengkawan masa bazaar ramadhan... main mercun masa orang terawikh.. hehehe... beli makanan bebanyak semata-mata ikot hawa nafsu.. budak la katakan... but bila difikirkan balik.. yeah, pose sememangnya menyeronokkan..

Masa kecik-kecik jugak aku berjanji dengan mak ayah aku.. nak pose penuh.. bila pose penuh leh dapat duit rayer banyak sket.. hehee.. maunya kering duit ayah aku nak bagi duit... but itu masa kecik leh ar.. and kenangan masa pergi terawikh memang sukar dilupakan..
aku masih lagi ingat...

Darjah 4, kampung aku masa tue xder lampu jalan.. so, susah sket ar nak pergi solat terawikh.. then sepupu aku ada idea bernas lagi terbaik.. dia guna bekas tin susu... lilin.. dawai.. dan penebuk lubang.. akhirnya siaplah lampu buatan sendiri.. buat suluh kawasan gelap..
hehehe... wah... those days.. hehehe...

Bulan yang mulia ini aku harap agar dapat melakukan amalan yang disukai Allah.. setan semua dah dirantai so, aku sememangnya excited.. hehehe.. bila lagi aku boleh menikmati ketenteraman jiwa disamping beramal hanya kepada Allah Ta'ala... kerana bulan ini bulan barakah.. berlipat kali pahala diberikan kepada hambaNya yang setia..

So, hopefully kita semua mendapat manfaat dari bulan yang penuh makrifah nie.. Amien..

Iqbalhakim


Friday, August 6, 2010

Ogos... Bulan Patriotisma Dan Bulan Pengorbanan..


Assalamualaikum.. hey, what's up people ?
Hehehe... Hip-Hop lak aku skunk nie..

Skunk nie dah masuk bulan Ogos.. x lama dah nak masuk bulan Ramadhan yakni bulan yang memang di nantikan oleh umat Islam seluruh dunia..

and also jeng.. jeng.. jeng.. dah start masuk bulan PATRIOTISMA.. dude.. dah masuk kemerdekaan kita yang ke-53 tahun..

well, what I wanna share with you guys today is something to do bout our present and the past..

some says that I'm like an old grandpa who wanna share old stories with all.. well, IT IS.. sebab kita sekarang nie semakin menganjak ke arah kemajuan...

dan pada masa yang sama kita jarang melihat kebelakang dan bersyukur dengan apa yang ada... mahupun mengenang jasa dan nasib ibu bapa serta nenek moyang kita dahulu..

why am I sayin' this? well, it triggers me 2-3 days ago.. since I read Mastika bout an article that told bout how it was back then.. sebelum kita mencapai kemajuan...

bagaimana sukarnya seorang budak untuk memperoleh sepasang kasut.. bagaimana sukarnya mereka mendapat makanan seperti ikan @ ayam.. dan hanya makan ubi kayu..

how they undergo challenges like being wet in the rain.. xnak bagi kasut basah.. so, pakai selipar and covers it with plastic.. it's just too sad to read.. it's just the same stories that my dad told me this afternoon.. bout how he eats...

diorang cuma makan pucuk paku dan ubi kayu jer.. ikan susah nak dapat.. tambahan lagi ayam..
dulu zaman memang meleset.. my late grandpa and grandma works in estate.. to feed my uncles and aunt..

bagi budak zaman sekarang... apabila diceritakan tentang perkara yang ibu ayahnya alami...
reaksi mereka cuma.. : alah, ITU ZAMAN DULU... ZAMAN SUDAH BERUBAH... NEGARA DAH MAJU..
bukan salah ibu bapa yang mengajar mereka..
bukan salah anak yang x tahu kesusahan mereka..

tapi itulah DUNIA zaman sekarang... Alhamdulillah aku dapat menerima hakikat kehidupan mak dan ayah aku yang x seberapa.. sebab aku pun dididik sama seperti datukku mendidikku..

belajar dari kesusahan... dengan kasut lama... baju lama.. and stories that mom and dad would always shared with us.. not to make us proud to be live in a modern country..
but to be modest and thankful... and appreciate all of their efforts and experience..

that's all.. i think.. pergh.. kalau dah luah.. makin panjang jawabnyer..
thanks for Akram Hj Ramli who supported me in giving some ideas and stuff like that... ( dude.. you still have to meet me before goin' to Egypt.. get that? hahaha....)

and thanks for those who are reading and support me...

Assalamualaikum...

peace no war... IqbalhakiM