Saturday, April 30, 2011

Urgent Announcement...

Assalamualaikum.. People-people of BIKINI BOTTOM.. Hehehe..

Ahmad Iqbal has another blog..

Blog baru untuk anda follow.. so, kalau rajin meh le masuk blog baru dia nieyh..

Klik on this link okeyh?

Thanks!!

http://akuhanyaiqbalhakim.blogspot.com/2011/04/fast-food-and-addiction-to-souvenir.html

Friday, January 28, 2011

28th Jan - Windy And A Lot Calmer..

Adik kecik aku... Muhammad Arifillah... comel sangat..

W'sup guys? Assalamualaikum.. and a very good day for those who are reading...
aku skunk makin meningkatkan daya produktiviti dalam menaip blog..
dan biarpun tiada idea.. at least aku leh share pengalaman ngan korang..
betol x?

well.. hari nie hari Jumaat, so aku macam biasa berkemas balik ke hostel..
kolej aku esok start kuliah.. dengan workload yang banyak..
aku masih sempoi dengan relaksnye menaip bahan ini..

2-3 hari nie ribut melanda pantai timur.. especially Kelantan Darul Naim.. dengan angin kuat meniup pantai.. dijangka berlarutan sehingga 2 Feb 2011 ( macam weather cast reporter lak aku nie.. )
jadi kepada sesiapa yang merancang nak melawat sini.. aku x halang.. but prepare ngan payung..
sebab hujan mungkin turun tibe-tibe..

and also sebulan lagi masa diperuntukkan bagi aku menghabiskan teori sebagai seorang student Pembantu Perubatan... then baki aku akan menghadapi praktikal..
di hospital dan jugak di klinik..
doakan aku moga lepas sesi nie keyh... = D

x lupe juge.. bagi sesiapa yang merasa blog nie agak private.. don't worry.. this is not a real diary... xkan la aku nak masukkan semua aktiviti aku..
hahahaha.. aku pun ada privacy gak..
mane yang leh share aku share..
kalau ada pendapat atau topik.. leh kongsi bersama.. kan?

that's a wrap.. see ya next time.. adios amigos chinconos ( amender? )

@hma@diqbalHakiM

written on 28 Jan 2011 and finished on 9.18 p.m...

Tuesday, January 25, 2011

Memori Mase Kecik Dulu.. Huhuhu..

looks like i'm not updating my blog again.. hahaha..
biasa la.. kerja bertimbun.. assignment bertambah... dan aku dah masuk semester ke 4...
rase sekejap jer masa berlalu..
oh yer...

Ini mase aku darjah 6, mase keputusan UPSR 2002 keluar.. cube cari mane satu aku.. hehehe..

ASSALAMUALAIKUM....
x elok taip blog x bagi salam ( yeke? )..
hehehe.. aku ter'inspirasi' menulis balik blog nie setelah abg izzul zakwan kite dan cik mun kite menulis blog x berhenti-henti...
dan aku menjangkakan ini adalah post yang ke-38 ( setelah membelek semua blog2 lame aku.. )

hari nie aku nak citer sal mase kecik.. seronok sesangat.. x kire zaman sekolah rendah ke..
sekolah menengah yang penuh gosip hangat ke.. itu sumer kenangan..
dan ianya akan sentiasa bersemadi dalam memori aku.. selamanya... hohohoooi...

few months back i received an invitation from my oldest fren.. long lost fren.. dari darjah 6 yang mempelawa aku masuk ke group ex skolah rendah aku.. SKP TLDM 1..
pergh.. kenangan memang xleh lupe la masa dok sekolah nie..

kat sini la aku diajar untuk mengenali kanak-kanak lain jantina yang dinamakan BUDAK PEREMPUAN.. mudah menangis.. kadang-kala emosi terganggu ( jangan risau, mase nie diorang x matang.. hahaha.. )
dan cara diorang berkawan.. masa kecik memang tiada batasan kawan...
dulu kalau bantai belakang budak perempuan masa zaman sekolah...
cam biasa jer...
ye lah.. dah name budak sekolah..
hahahaha...
cube ko buat masa sekarang? agak-agak ape reaksinye?
( aku agak penampar panas di pipi sebelah kanan ko akan berdenyut x berhenti.. hahaha.. )

dulu dak sekolah rendah.. aku agak nakal.. suke explore sekolah... jalan-jalan kat tempat pelupusan sampah kat belakang sekolah... pergi kat tandas yang dikatakan BERHANTU waktu malam..
berlari-lari ke kantin sebab nak makan nasi goreng 5o sen...
pastu habis sekolah pergi kedai jajan.. beli keropok ngan sticker DIGIMON...
hehehehe..
ah.. those days are really AWESOME....

ape yang aku nak cakapkan sebenarnya... sedewasa mana kita.. kita akan selalu teringat kembali zaman sekolah kita yang cukup meriah..
cukup seronok.. dan pengalaman yang kita timba..
dan persahabatan yang kita usahakan..
akan..
sentiasa kekal berpanjangan.. insyaAllah...

ok.. stop sini kowt.. tata!

AHmadIqBalHakim.... finish writing on 9:47 pm @25th Jan 2011...

p/s : next blog would be... my secondary SKOOLL!!... wait for it yaw... = D

Tuesday, December 7, 2010

Maal Hijrah 1432 - Hijrah Seorang Hamba...


assalamualaikum....

apa khabar semua? dah lame aku x ber'blog'.. alasan selalunya material xder, xder benda nak cerita and so on..


but now bila usha member lain, aku nampak ramai orang start buat blog.. hehehe.. so, terkinje-kinje la saye untuk meng'update'kan blog saye yang x seberapa ada nie.. hohoho ( pengaruh rakan sebaye la katakan.. )


blog adalah medium untuk meluahkan pandangan serta idea.. kadang-kala untuk lepas geram...


for me it's just lepas geram and idea bernas... and sometimes muhasabah diri...
sebab apa yang kita cakap bukannya kita buat.. so, melihat dari diari atau penulisan diri merangsang diri aku supaya berubah sedikit demi sedikit....

cam profesor pun ade.. hahaha... whateva dude...


HIJRAH...

Ha.. Ya.. Jim.. Raa... Aliff.. Ha.. ape yang dimaksudkan hijrah....
adakah hijrah ini sama dengan kebebasan? adakah hijrah hanya bermaksud perpindahan seseorang dari suatu tempat ke tempat lain?


hari nie bermulanya tahun baru Hijrah.. 1 Muharam 1432 Hijrah @ Hijriah.. terus terang aku cakap aku x terasa seperti zaman sekolah aku...


di mana kanak-kanak dan pelajar akan menaikkan sepanduk seperti mana Maulidur Rasul.. berarak di dalam sekolah serta menghormati serta berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.. dari Kota Mekah Al-Mukaramah ke Kota Madinah Al-Munawarah..


di sini bukan sekadar hijrah yang kita dapat lihat.. pengorbanan Muhajirin dan Ansar... bagaimana rakyat di Madinah bertoleransi dan bersatu padu.. biarpun puak Muhajirin disisihkan di Mekah namun di Madinah mereka disambut bagaikan saudara sendiri...


Hinggakan harta sanggup diberikan malah menawarkan diri untuk mengahwini anak-anak perempuan mereka...


begitu hebat kuasa hijrah dan pengorbanan....


kini manusia sudah hilang harga diri, kerakusan serta sifat tamak haloba memakan diri.. hingga saudara sanggup diketepi... hilang kasih sayang..
hilang tali persaudaraan...


oleh itu... Hijrahlah... berubah dari baik ke lebih baik... dan dari jahat ke baik...
ini yang diungkapkan oleh seorang kanak-kanak yang masih lagi tidak mengenal erti dunia..
betapa bodohnya kita hanya mengejar duniawi yang kadang kala ukhrawi makin ditinggalkan...


apabila kita.. aku maksudkan aku jua... kerana manusia tidak pernah lari dari kesilapan....
namun kesilapan itu tidak menyekat kita dari terus percaya kepadaNya...
Allah Yang Esa...


Ya... Hijrahlah... ke arah kejayaan duniawi dan jua ukhrawi..

-AhmadIqbalHakim-

Finish on : 9.17 pm Monday 7 December 2010, 1 Muharam 1432....

Friday, October 15, 2010

I've Grown Up!



assalamualaikum..
apa khabar semua? nampaknyer dah lama sangat aku tak menulis blog.. sesetengah mungkin ingat aku akan update jugak untuk hari raya memandangkan bulan puasa hari tue aku ada post..

sori sangat.. bukan sebab xder masa atau gather info like i used to say... but sometimes aku nak kena ada kerajinan dan jugak inspirasi untuk menulis blog nie...

aku xnak hasilkan penulisan secara sia-sia dan hanya untuk meluahkan pandangan aku ajer.. sometimes i find this blog as a motivator for me.. to keeps me on in my life...

hari nie aku nak share dengan semua tentang sesuatu perkara.. it's about kematangan.. nampak perkataan ini agak kompleks.. let me put it simple...

kita semakin besar @ membesar...
kematangan sekarang semakin menyerlah dalam diri aku... ini bukan riak atau berlagak namun aku sendiri merasa diri ini semakin besar..

dan perkara di sekeliling aku pun semakin complicated.. dengan masalah demi masalah yang perlukan penyelesaian..


semua yang aku post dalam Facebook sekarang ini pun lebih kepada pandangan aku mengenai dunia dan diri aku sendiri..

di mana kita selalu saja merasakan bahawa hidup ini begitu merumitkan...

belek sajer kehidupan sesiapa.. ada banyak masalah sebenarnya...tentang...

CINTA.....

DUIT...

KELUARGA...

PERIBADI...


dan lain-lain... sehinggakan kita lupa bahawa kesenangan di dunia dan akhirat ini hanya boleh dikecapi dengan satu... ingat padaNya sahaja...

baru aku tahu mengapa arwah atuk aku menjelang kematian dia berada dalam senyum.. rupernye hidupnya simple sahaja...


masalah duniawi nie dia anggap kecil.. dan masalah dia dengan Allah yang dititik beratkan.. bukan bermakna dia mengejar ukhrawi.. tapi dalam hidup dia... penuh dengan kegembiraan dan ketenangan hanya dengan berfikiran secara mahmudah.. iaitu berfikiran baik...

jadi.. aku rasa melalui pengalaman ini.. aku akan cuba untuk mengamalkan ape yang telah diamalkan oleh arwah atuk aku.. sentiasa mengamalkan hidup dengan ikhlas mencari keredhaanNya..

kerana keikhlasan hati itulah merelakan kita untuk sentiasa tinggal dan hidup di bumi Allah ini..
dan hidup secara simple dan tanpa rasa takut kepada masalah menjadi sumber kehidupan kita..insyaAllah...



AhmadIqbalHakim

Jam 6.34 petang, Jumaat 15 Oktober 2010...

Monday, August 30, 2010

Merdekakah Kita?


Assalamualaikum... Apa khabar semua? Diharap agar semua dalam keadaan sihat sejahtera dan aman damai...

Hari nie dah genap 53 tahun kita bebas dari penjajahan.. Hari yang disambut oleh semua rakyat Malaysia.. 31 Ogos 1957 tarikh keramat pembebasan Malaysia..

Tarikh di mana kita mula untuk berdiri bangga dan kukuh dalam membina jati diri bangsa dan mengamalkan sikap tolong menolong membangunkan bangsa.. Hari Kemerdekaan Malaysia!

Namun jauh di sudut hati aku, masih lagi rasa kecewa kerana bangsa Malaysia masih lagi tidak bebas dari pengaruh Barat, lihat saja trend pakaian dan budaya anak-anak zaman kini..
Jauh dari zaman kemerdekaan dulu.. dengan budaya kuning dan pergaulan bebas yang berleluasa...

not to mention pembuangan bayi serta kes-kes jenayah yang tiada kesudahannya.. serta adanya sedikit sebanyak sentimen perkauman dalam setiap perbalahan tidak kira di peringkat bawahan atau atasan..

THIS HAS TO STOP! Kenapa aku cakap pasal benda nie? Kita sebenarnya tidak menikmati lagi kurniaan Allah dengan kemerdekaan yang kita kecapi sekarang ini bahkan kita sendiri yang merosakkan bangsa Malaysia...

Hari Kemerdekaan sebenarnya tidak perlu disambut dan digahkan dengan percikan bunga api mahupun tembakan meriam, konsert dan disko yang tanpa henti serta mengira detik tibanya jam 12 malam...

HARI KEMERDEKAAN seharusnya disambut dengan doa dan penuh kesyukuran kerana kita masih lagi berada di bumi Allah ini, berterima kasih dengan segala pemberian dan nikmat kemerdekaan yang dikecapi..

Mengenang nasib pejuang bangsa dengan mendoakan kesejahteraan roh mereka serta berazam untuk menumpahkan bakti dan jasa hanya pada negara... serta mengamalkan dasar tolak ansur dan perpaduan sesama kaum kerana itu jua amalan Rasulullah yang tercinta..

Jangan provokasi atau saling kutuk mengutuk antara satu sama lain.. berfikiran secara rasional akal dan tidak membabi buta dengan menyalahkan orang lain serta tidak didorong dengan hawa nafsu dalam membuat setiap keputusan... ini bukan sunnah Rasul..

Kadang-kala aku berasa bahawa pemikiran remaja lebih ke arah kedewasaan dari pemikiran dewasa yang semakin ke arah kebudak-budakan.. ini hanyalah pandanganku.. namun bukan semua.. hanya segelintir..

Seharusnya bulan Kemerdekaan dan juga bulan Ramadhan ini kita harus tazkirah diri kita dan bermuhasabah diri agar kita tidak lalai dan leka dengan segala nikmat keamanan dunia ini.. Kerana Allah Maha Mengetahui perjalanan hidup kita... hanya Dia yang menentukan bilakah kita dihitung di sana...

Jadi, mari bersama bersyukur kepadaNya dan berdoa agar rakyat Malaysia terhindar dari malapetaka dan bencana serta ancaman...
dan.. memohon keredhaanNya agar kita dapat berada di syurgaNya..untuk bertemu denganNya..

Terima Kasih kerana membaca.. Assalamualaikum...

nukilan AhmadIqbalHakim.. 6.49 pagi, Selasa, 31 Ogos 2010

Tuesday, August 10, 2010

Marhaban Ya Ramadhan..


Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Kaifa Ha Luka? Harapnya semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya..
Alhamdulillah masih lagi kita hidup di muka bumi ini.. untuk menunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim sejati...

Tepat pada jam 8.30 malam aku mendengar pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menyatakan bahawa pada hari rabu ( esok ) dah start berpuasa.. and as usual orang yang sama jugak yang menyampaikan pengucapan tue.. hehehe.. how authentic..

Hehehe.. bila mengimbau kembali zaman kanak-kanak aku.. sememangnya penuh dengan hilang tawa dan riang ria... xleh bayangkan macam mana sambut raya masa kecik-kecik dulu.. nasib baik la aku x pernah ponteng pose ( seriusly.. memang xpernah..= D )

Bila dah jer diberitahu nak pose esok, aku bukan main lagi seronok.. mana taknya.. jumpa kengkawan masa bazaar ramadhan... main mercun masa orang terawikh.. hehehe... beli makanan bebanyak semata-mata ikot hawa nafsu.. budak la katakan... but bila difikirkan balik.. yeah, pose sememangnya menyeronokkan..

Masa kecik-kecik jugak aku berjanji dengan mak ayah aku.. nak pose penuh.. bila pose penuh leh dapat duit rayer banyak sket.. hehee.. maunya kering duit ayah aku nak bagi duit... but itu masa kecik leh ar.. and kenangan masa pergi terawikh memang sukar dilupakan..
aku masih lagi ingat...

Darjah 4, kampung aku masa tue xder lampu jalan.. so, susah sket ar nak pergi solat terawikh.. then sepupu aku ada idea bernas lagi terbaik.. dia guna bekas tin susu... lilin.. dawai.. dan penebuk lubang.. akhirnya siaplah lampu buatan sendiri.. buat suluh kawasan gelap..
hehehe... wah... those days.. hehehe...

Bulan yang mulia ini aku harap agar dapat melakukan amalan yang disukai Allah.. setan semua dah dirantai so, aku sememangnya excited.. hehehe.. bila lagi aku boleh menikmati ketenteraman jiwa disamping beramal hanya kepada Allah Ta'ala... kerana bulan ini bulan barakah.. berlipat kali pahala diberikan kepada hambaNya yang setia..

So, hopefully kita semua mendapat manfaat dari bulan yang penuh makrifah nie.. Amien..

Iqbalhakim