Sunday, July 25, 2010

Evening Slumberland...

JoM PiJAk BenDEra ISraEl.. ( COurTesY Of SaViNg GAzA )

Assalamualaikum sumer... ape khabar gamaknye? ( loghat Perak.. ) nampaknya selama seminggu nie petang asyik hujan jer... xder lebat mana.. but ok jugak sebab sejuk sikit Bumi Allah nie... rahmat dariNya la katakan..

well, today i wanna talk @ complain and rasa tak puas hati dengan orang-orang yang dinamakan sebagai....

"CAKAP GEDEGANG!"

tahukah anda ape itu gedegang? hehehe.. ianya satu panggilan bagi seseorang yang sememangnya TAK TAHU MALU dan YAKIN DENGAN TERLAMPAU TINGGI tanpa mengetahui risiko GEDEGANG mereka sendiri.. dipendekkan kata... dalam kamus ayat-ayat power.. gedegang bermaksud seseorang yang bercakap dengan megah dan penuh riak dan yakin dengan percakapannya namun ianya TIPU belaka..

apsal aku nak cakapkan pasal orang jenis nie? well diorang nie sememangnya MUKA TEBAL.. kalau la aku nak inform sesuatu perkara.. biarlah kita konfem betul-betul dan jangan serkap jarang... and cuba inform secara biasa-biasa... cuba bayangkan anda bercakap dengan megah bahawa anda akan dapat keter padahal bila 2-3 berlalu anda di'reject' dari pinjaman kerana anda di'Blacklist'kan? itulah namanya GEDEGANG...

aku dah jumpa ramai giler orang spesis nie.. tok sah cakap ar kat mana and siapa...
bak kata pepatah.. SIAPA X GOSOK GIGI... DIA TERASA TAIK GIGINYA... er, betul x?

senang citer hari nie aku memang panas hati dengan golongan ini... bukan aku jer.. ramai ag x suka.. sepatutnya diorang kenalah jaga adab and bijak apabila menyatakan sesuatu.. bila aku cakap bijak bukan bermaksud pandai berkata-kata tapi tahu bila dan di mana bila nak menyatakan sesuatu serta tidak secara sembrono menyampaikan idea tanpa diskusi dan pendapat dari orang yang berpengalaman..

or else you would end up being mocked by all of those who are believing in what you say... you would lose faith... nak sangat ke?? rasanya itu jer la hari nie... dari sejuk membeku petang aku hangatkan dengan rasa geram aku.. reda dah sikit lepas kat sini.. fuh..

ok, assalamualaikum..

-iqbalhakim-

Wednesday, July 21, 2010

Nak Dekat Dah Bulan Pose...

sejak bila la ada lambang untuk rumah sukan sekolah aku nie erk...
hehehe... dah maju dah sekarang...

assalamualaikum.. dah lama sangat aku x taip blog..
seorang insan yang selalu sibuk dengan kuliah ( not 24/7 but leh kata seharian.. )
so, masa aku lebih kepada memasang telinga dan mendengar kuliah @ lecture yang disampaikan pensyarah..

hari nie.. Khamis, 22 Julai 2010, pukul 9.33 pagi aku menulis blog nie.. ( mak aih, skemanye ayat.. hahaha.. )
boring teramat sebab kelas pagi xder.. kalau x leh stay lama sket kat rumah..
and allowance dah masuk dalam rm 621 every month.. ( cam gaji ar.. hahaha.. )
kena pandai berjimat sikit... xleh sembrono je pakai duit tue ikut nafsu.. tol x?

life aku berputar ke tempat yang sama jer... kuliah-balik-makan-tido...
kalau nak kata xder life.. ehem, nie memang life aku.. kena rasa enjoy sket..
memula hidup nie ko akan rasa cam boring je belajar... tapi lama-kelamaan bila dah kerja terasa nak balik belajar..
itulah manusia.. x pernah berpuas hati dengan sesuatu.. ( curahan minda dari hati aku yang tengah tenang.. )

end it a lil short i say... x banyak nak share... ( kes x gather info la.. hehehe... )
but will keep updating.. insya-Allah...
coz this days I've gone a really life-changing experience... Thanks Allah...

Assalamualaikum...

iqbalhakim


Wednesday, July 7, 2010

In The Morning With Silentness..


Carles Puyol scores the lone goal in Spain's 1-0 victory over Germany in the World Cup semifinals.


assalamualaikum.. yo!!

kembali kita dalam rancanga Iqbal.. hehehe.. yer, hari nie saya amat gembira sekali sebab pasukan Sepanyol telah melangkah ke Final...

ramai menjangkakan pasukan German yang kerjanya membantai pasukan dengan jumlah 4 gol setiap perlawanan akan membuatkan peminat Spain seperti saya gelisah dan gundah gulana..

hahaha.. tidak sama sekali.. pemainan yang terbaik telah ditunjukkan oleh pemain Sepanyol.. dengan percubaan David Villa, Fernando Torres pada separuh masa kedua serta pemain lain seperti Xavi, David Silva dan Iniesta.. mereka menunjukkan bahawa tanpa samba Brazil atau counter-attack German.. mereka masih bergaya..

buat apa nak banyak gol.. cukup saje dengan satu gol memadai untuk melayakkan Sepanyol ke perlawanan akhir di Soccer City.. tandukan berbisa Puyol menjadi tandukan emas yang membawa Sepanyol ke perlawanan akhir menentang Oranje iaitu Belanda..

tandukan pada minit akhir dari Puyol telah menyebabkan German mula bermain secara agresif namun itu tidak memadai.. ada mengatakan bahawa disebabkan Muller tidak bermain makan semangat German untuk menguasai permainan hambar namun perlawanan semalam jelas tidak menunjukkan German lemah..

beberapa counter-attack Germany yang sememangnya laju dan pantas dapat diselamatkan Iker Casilas selaku kapten pasukan Sepanyol.. permainan lebih memihak kepada Sepanyol dengan penguasaan bola hampir 60 % dan kekemasan passing dan corak serangan yang pelbagai..

pujian patut diberikan kepada Sergio Ramos kerana banyak membantu dalam bahagian serangan di sebelah kanan.. sememangnya pemain yang merbahaya.. crossingnya yang boleh dikatakan tepat dan gerakan penyudah yang dapat membolosi pertahanan German yang terdiri dari pemain yang tinggi lampai semuanya..

apa yang pasti perlawanan pada pukul 2.30 pagi itu sememangnya sempurna di mana tiada kad kuning atau pemain yang keluar padang.. cuma ada sedikit sebanyak kontroversi mengenai pemain Sepanyol yang banyak menerima offside dari pengadil..
apa-apa pun tahniah Spain!!! Jumpa di Soccer City...

iqbalhakim

p/s : amacam? leh jadi Hasbullah Awang x? @ Abu Bakar At
an