Thursday, April 15, 2010

Marhaban Ya NorAini... Majlis Cukur Jambul..

Arifillah selepas dicukur jambulnya..

assalamualaikum.. kaifa halukum? harap-harap korang semua sihat walafiat...
Alhamdulillah aku diberi peluang lagi untuk mencurahkan pemikiran aku dalam blog nie serta things that happen all around me... well, semalam aku pergi suntikan vaksin Hep B yang ke-3, sememangnya lenguh tangan nie.. dan jugak adik perempuan aku yang kedua balik..
Norsyafiqah.. baru je lepas Final EXAM.. belajar kat Sepang..

hari nie berlangsungnya majlis cukut jambul untuk adik ke-7 aku ( wah, ramai tue.. ) Muhammad Arifillah ( nama cam member aku.. Arifi Putra.. ) di rumah. Majlis yang ala kadar ini sememangnya dinantikan oleh mak dan ayah aku sebab inilah majlis cukur jambul terakhir untuk adik aku.. ( xder dah ke-8 pasnie.. hehe..)

aku amat terharu dan tersentuh bila mak aku sanggup gadaikan rantai emas dia untuk majlis adik aku nie.. ( pengorbanan yang memang kalau seorang anak tahu.. menitis air mata.. )
aku rasa majlis yang lain selama nie pun dia buat macam nie gak cuma masa tue aku kurang mengerti..

majlis nie dihadiri oleh kaum kerabat dan orang-orang kampung terdekat, mostly orang kampung aku nie sedara aku gak ( datuk aku dulu-dulu banyak kawin.. cerai.. meninggal.. tue yang ramai waris tue.. hehehe.. ) dimulakan dengan memberi manisan kurma @ kismis dengan air zam zam.. ( aku x ingat nama upacara nie.. tapi ada belajar dalam Pendidikan Islam.. )


majlis cukur jambul...

tok imam selepas tue membaca surah, bercukur kepala adikku ( ngan 7 orang lagi termasuk abahku.. ) dan juga doa supaya adikku ini menjadi anak yang soleh dan selepas tue bermulalah selawat 'Marhaban' ( selawat yang ditujukan untuk anak yang baru lahir.. ) dengan mengusap kepala dan mendoakan kebahgiaan adikku..



majlis selawat Maraban..
majlis makan pulak just makan nasi dengan ayam bakar.. ( adat orang Kelantan kalau buat majlis jarang order catering.. diorang lebih prefer keluar duit sendiri dengan beli bahan makanan dan memasak dengan orang kampung.. ) Jelas terlihat wajah puas hati abahku apabila majlis tamat.. sebab dah makbul dah impian dia... untuk adakan majlis nie sekali lagi..

and that's all for today.. sebab aku nak pastikan bahawa setiap moment yang berharga akan aku letakkan dalam blog aku.. supaya aku sentiasa ingat dan juga mengenang jasa ibu dan bapa yang telah banyak membantuku..
yang mendidikku dari kecil hingga dewasa tanpa rasa jemu..
terima kasih....

iqbalhakim

p/s : serabut sebab exam dah nak dekat, 2 minggu lagi dan aku still x prepared.. ngee...

Friday, April 9, 2010

Welcome To The Family.. lil Bro..

assalamualaikum.. apa khabar semua? ( ceria nampak! ) semestinya sebab aku meng'gather' semua info dan juga maklumat... dan hari nie konfem aku puas hati dengan posting aku yang terhebat.. ( hehehehe.. riak giler.. )

This is my new brother...

tanggal 6 April 2010, jam 1.05 tengah hari... hahirlah seorang bayi comel yang sememangnya sihat walafiat dan sempurna tubuh badan... adikku yang ketujuh selamat dilahirkan di Hospital USM, dengan berat 2.6 kg dan muka yang kemerahan.. sememangnya rezeki Allah yang tidak terkira..

sebelum tue pukul 4.30 pagi 5 April waktu Malaysia ( macam berita pulak.. hehehe.. ) air ketumban mama aku dah pecah.. so, expect that adikku akan tiba bila-bila masa.. but agak lama jugak mak aku menunggu.. coz kontraksi still xder.. takut jugak mak aku takut lemas ke.. sebab lama sangat tunggu nak bersalin.. lastly lepas dok kat wad for almost a day.. my lil bro was finally born... hehehe... masa hari pertamanya..

7 April.. x dapat aku nak tengok sebab adikku terpaksa dimasukkan ke dalam incubator sebab ada kekuningan dan juga kandungan Haemoglobin ( sel darah merah ) yang banyak dalam badannye..

8 April.. still dok rumah... aku spend masa nie update FB and also Myspace... and do some chores... ( 2 kali ganda banyaknya sebab adik perempuan aku pergi kem.. ) kat rumah memang dah x masak dah.. makan dengan makanan beli kat luar jer.. hehehe.. ayahku keletihan sebab dari tengah hari sampai ke petang dok tengok baby and also my mom.. tukar wad katanya..

9 April... pukul 10.00 pagi lagi kitorang bertolak.. nak tengok baby.. kalau tidak tengok kat handphone jer.. sampai je kat wad dalam pukul 11.oo pagi.. nampak mak aku membawa adik kecikku.. hehehe...
comel sesangat.. nampak innocent ( da... memang semua baby nampak innocent lagi suci.. ) nampak kasih sayang ayah ngan mak aku masa belai adikku.. macam mana la orang yang buang bayi tue.. xder rasa bersalah ke? ( emo sket.. )

then aku balik rumah dan teruskan hidup.. hopefully dengan semangat baru... insyaAllah so, there you have it.. brief sket jer pasal adik aku nie.. hehe.. yang pasti aku gembira giler sebab dapat merasai setiap saat dan detik kelahiran dan jugak dapat pegang baby.. hehehe.. ( aku siap letak gambar adik aku dalam background hanset.. hehehe.. ) anak adalah harta paling bernilai dan rezeki dariNya yang tidak terperi.. ditambah lagi kalau ANAK YANG SOLEH.. insyaAllah.. sekian.. be sure to stay reading my posting!!

-ahmadiqbal-

p/s : first time tengok abah aku memasak hari nie.. jarang sangat nampak dia memasak.. hehehe.. = P

Monday, April 5, 2010

New Ones Coming Knocking My Home....

di'netbook'ku tempat cetusan idea bermula.. dan termasuk SAKIT BELAKANG.. hehehe

assalamualaikum..
yo!! akhirnya aku meng'update' lagi blog aku hari nie... rajin sesangat sejak dua menjak nie..
( yela.. semenjak aku ada netbook nie.. )
aku dah plan dah kalau nak wat blog or nak luahkan pendapat atau idea.. aku 'draft'kan dulu apa aku nak cakap ( keyword, info and other sources yang leh dipercayai.. )
xnak tulis meraban ( in other words.. merapu caca marba.. ) and paling penting aku puas hati dengan hasil idea aku.. ( hehehe.. bangga diri lak.. )this is ma mom.. muda kan? xder makan jamu aper.. Natural punyer..

mama aku dah 'pecah air' ( ackward isn't it bila English jadi Melayu.. but itu la terjadi selalunya.. )mama aku mengandung.. masuk 9 bulan ( alhamdulillah cukup bulan.. ) dan at 2.30 petang dapat sms.. katanya air ketumban ( amniotic fluid.. bio sket.. ) dah pecah...
so dia sekarang kat wad.. baby expect dalam 24 jam..
wish her good luck and May ALLAH help her in delivering the baby.. Aqil Hakimi..

other then that adik perempuan aku, Nursyafiqah tengah exam final.. dia dalam program A level ( some programme that I really want to be in.. ) dalam Medic. Aku harap dia leh wat yang terbaik sebab sekarang dia pikul beban aku.. so, good luck Sis!


kelas hari nie sememangnya sengsara habis.. bayangkan 5 jam belajar perubatan... kelas Nursing ngan kelas Farmakologi lecturer xder.. so, En. Najib membantai habis semua masa lecturer-lecturer nie untuk habiskan silibus..
semua pasal digestion and diseases berkaitan dengannya..
pendapat aku? aku ok jer.. memang dah x masuk dah bila masuk 2 jam terakhir..
semua atas usaha student gak.. xleh nak marah kalau lecturer nak wat kelas lama..
patutnya bersyukur... hehehe..bukan senang dapat lecturer yang berdedikasi macam dia.. hehehe..
after meal.. memang pose maut punyalah.. hehehe..

balik jer pekena nasi RM 2.. ( dah memang nama nasi nie... hehehe..) dan bukak internet..
and also bought a new book yesterday.. hoping that aku leh manage diri sket..

looks like I'm quite busy after this.. but never forget to BLOGGING..
finding material..
see ya..
salam...

AhmadIqbalHakim
7.35 malam, 5 April 2010 Isnin

Saturday, April 3, 2010

April... I'm Dead Meat! Erk...

Kondusif dan Nyaman.. But Aircond SEJUK GABAN... Brrr...


assalamualaikum... whazzup people? Iqbal is in da house!
hahaha... it has been a long time since I updated my blogs.. try to type it in English today.. hehehe..
( dah xder kejenyer pasal.. aku campur aduk sket xper kowt? )
well, my life until now is full with assignments, works.. test.. and also lazy bone.. ( pemalas nyer dak.. kekeke.. )

This is ma Netbook. His name is HP Mini Netbook...
Yoroshikui!!

ah, malas la nak speaking.. berbelit lidah aku nak menyebutnyer... sekarang nie dah masuk bulan April.. rasa macam sekejap je masa dah berlalu and x lama lagi nak masuk FINAL!! .. hidup aku dah makin lama makin interesting..
aku dah dapat netbook from TM ( kena bayaq kowt rm 50 sebulan ).
cover kata nak pakai untuk assignment ( actually that's really my intention but.. bila dah dapat, xder lak keje.. )
at least aku leh pakai wat study.. nak rujuk slide gambar etc..
Baiklah, semua LETAK PENSEL!! Test dah habis.. erk, pening paler..

aku memang benci pop quiz and also test mengejut ( aren't they the same?! ). Hari nie aku ada test MCQ ( Multiple Choice Question ).. bout Medical. Memang x expect sebab aku dah blank habis dah..
bayangkan ko masuk dalam bilik kuliah dengan saki baki ilmu dalam paler hotak korang ( sori terkasar bahasa but ini realiti.. CEWAH!! )
soalan kena pilih TRUE and FALSE dah la ada dekat 120 Question ( ada 30 soklan, setiap satu jawab betul @ salah.. like 1. A true 1. B false.. memang BANYAKKK!! )
dak belakang kelas leh berdehem lag.. ( pepaham la.. meniru time.. amalan bangang lagi membiolkan.. hehehe.. ) dengan kepala aku sakit..
menjawab dengan OTAK BERDENYUT la jawabnye..


owh yeah... and my collehe is having new student for April Intake 2010.. adoi, aku teringat lak muka masa memula masuk.. memang penuh harapan nak strive for the best..
just to find out that there are something that worth only dreaming...
( apa-apa pun kolej tempat aku belajar gak.. nak wat camner.. ). Don't want to talk bout all the craps at this institute.. better figure out by yourself ( hehehe... )

and also dah ada poster-poster muka calon untuk Majlis Perwakilan Pelajar..
harap-harap la muka-muka nie dapat mengubah nasib pelajar yang semakin dipinggirkan.. ( sedeyh la pulak mood aku nie.. hehehe.. )
kita lihat badan wakil pelajar mainkan peranan atau tidak..
sebab ianya sememangnya tanggungajawab berat sebagai seorang PEMIMPIN dan juga PELAJAR...
salah ajaran... NERAKA la jawabnyer..

hehehe... think that's all for now..Arigatou Gonzaematsu!
Salam..

p/s : just finishing Gokusen 2... really cool Odagiri Ryu and Yabuki Hayato..

iqbalhakim..