Tuesday, December 7, 2010

Maal Hijrah 1432 - Hijrah Seorang Hamba...


assalamualaikum....

apa khabar semua? dah lame aku x ber'blog'.. alasan selalunya material xder, xder benda nak cerita and so on..


but now bila usha member lain, aku nampak ramai orang start buat blog.. hehehe.. so, terkinje-kinje la saye untuk meng'update'kan blog saye yang x seberapa ada nie.. hohoho ( pengaruh rakan sebaye la katakan.. )


blog adalah medium untuk meluahkan pandangan serta idea.. kadang-kala untuk lepas geram...


for me it's just lepas geram and idea bernas... and sometimes muhasabah diri...
sebab apa yang kita cakap bukannya kita buat.. so, melihat dari diari atau penulisan diri merangsang diri aku supaya berubah sedikit demi sedikit....

cam profesor pun ade.. hahaha... whateva dude...


HIJRAH...

Ha.. Ya.. Jim.. Raa... Aliff.. Ha.. ape yang dimaksudkan hijrah....
adakah hijrah ini sama dengan kebebasan? adakah hijrah hanya bermaksud perpindahan seseorang dari suatu tempat ke tempat lain?


hari nie bermulanya tahun baru Hijrah.. 1 Muharam 1432 Hijrah @ Hijriah.. terus terang aku cakap aku x terasa seperti zaman sekolah aku...


di mana kanak-kanak dan pelajar akan menaikkan sepanduk seperti mana Maulidur Rasul.. berarak di dalam sekolah serta menghormati serta berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.. dari Kota Mekah Al-Mukaramah ke Kota Madinah Al-Munawarah..


di sini bukan sekadar hijrah yang kita dapat lihat.. pengorbanan Muhajirin dan Ansar... bagaimana rakyat di Madinah bertoleransi dan bersatu padu.. biarpun puak Muhajirin disisihkan di Mekah namun di Madinah mereka disambut bagaikan saudara sendiri...


Hinggakan harta sanggup diberikan malah menawarkan diri untuk mengahwini anak-anak perempuan mereka...


begitu hebat kuasa hijrah dan pengorbanan....


kini manusia sudah hilang harga diri, kerakusan serta sifat tamak haloba memakan diri.. hingga saudara sanggup diketepi... hilang kasih sayang..
hilang tali persaudaraan...


oleh itu... Hijrahlah... berubah dari baik ke lebih baik... dan dari jahat ke baik...
ini yang diungkapkan oleh seorang kanak-kanak yang masih lagi tidak mengenal erti dunia..
betapa bodohnya kita hanya mengejar duniawi yang kadang kala ukhrawi makin ditinggalkan...


apabila kita.. aku maksudkan aku jua... kerana manusia tidak pernah lari dari kesilapan....
namun kesilapan itu tidak menyekat kita dari terus percaya kepadaNya...
Allah Yang Esa...


Ya... Hijrahlah... ke arah kejayaan duniawi dan jua ukhrawi..

-AhmadIqbalHakim-

Finish on : 9.17 pm Monday 7 December 2010, 1 Muharam 1432....

Friday, October 15, 2010

I've Grown Up!



assalamualaikum..
apa khabar semua? nampaknyer dah lama sangat aku tak menulis blog.. sesetengah mungkin ingat aku akan update jugak untuk hari raya memandangkan bulan puasa hari tue aku ada post..

sori sangat.. bukan sebab xder masa atau gather info like i used to say... but sometimes aku nak kena ada kerajinan dan jugak inspirasi untuk menulis blog nie...

aku xnak hasilkan penulisan secara sia-sia dan hanya untuk meluahkan pandangan aku ajer.. sometimes i find this blog as a motivator for me.. to keeps me on in my life...

hari nie aku nak share dengan semua tentang sesuatu perkara.. it's about kematangan.. nampak perkataan ini agak kompleks.. let me put it simple...

kita semakin besar @ membesar...
kematangan sekarang semakin menyerlah dalam diri aku... ini bukan riak atau berlagak namun aku sendiri merasa diri ini semakin besar..

dan perkara di sekeliling aku pun semakin complicated.. dengan masalah demi masalah yang perlukan penyelesaian..


semua yang aku post dalam Facebook sekarang ini pun lebih kepada pandangan aku mengenai dunia dan diri aku sendiri..

di mana kita selalu saja merasakan bahawa hidup ini begitu merumitkan...

belek sajer kehidupan sesiapa.. ada banyak masalah sebenarnya...tentang...

CINTA.....

DUIT...

KELUARGA...

PERIBADI...


dan lain-lain... sehinggakan kita lupa bahawa kesenangan di dunia dan akhirat ini hanya boleh dikecapi dengan satu... ingat padaNya sahaja...

baru aku tahu mengapa arwah atuk aku menjelang kematian dia berada dalam senyum.. rupernye hidupnya simple sahaja...


masalah duniawi nie dia anggap kecil.. dan masalah dia dengan Allah yang dititik beratkan.. bukan bermakna dia mengejar ukhrawi.. tapi dalam hidup dia... penuh dengan kegembiraan dan ketenangan hanya dengan berfikiran secara mahmudah.. iaitu berfikiran baik...

jadi.. aku rasa melalui pengalaman ini.. aku akan cuba untuk mengamalkan ape yang telah diamalkan oleh arwah atuk aku.. sentiasa mengamalkan hidup dengan ikhlas mencari keredhaanNya..

kerana keikhlasan hati itulah merelakan kita untuk sentiasa tinggal dan hidup di bumi Allah ini..
dan hidup secara simple dan tanpa rasa takut kepada masalah menjadi sumber kehidupan kita..insyaAllah...



AhmadIqbalHakim

Jam 6.34 petang, Jumaat 15 Oktober 2010...

Monday, August 30, 2010

Merdekakah Kita?


Assalamualaikum... Apa khabar semua? Diharap agar semua dalam keadaan sihat sejahtera dan aman damai...

Hari nie dah genap 53 tahun kita bebas dari penjajahan.. Hari yang disambut oleh semua rakyat Malaysia.. 31 Ogos 1957 tarikh keramat pembebasan Malaysia..

Tarikh di mana kita mula untuk berdiri bangga dan kukuh dalam membina jati diri bangsa dan mengamalkan sikap tolong menolong membangunkan bangsa.. Hari Kemerdekaan Malaysia!

Namun jauh di sudut hati aku, masih lagi rasa kecewa kerana bangsa Malaysia masih lagi tidak bebas dari pengaruh Barat, lihat saja trend pakaian dan budaya anak-anak zaman kini..
Jauh dari zaman kemerdekaan dulu.. dengan budaya kuning dan pergaulan bebas yang berleluasa...

not to mention pembuangan bayi serta kes-kes jenayah yang tiada kesudahannya.. serta adanya sedikit sebanyak sentimen perkauman dalam setiap perbalahan tidak kira di peringkat bawahan atau atasan..

THIS HAS TO STOP! Kenapa aku cakap pasal benda nie? Kita sebenarnya tidak menikmati lagi kurniaan Allah dengan kemerdekaan yang kita kecapi sekarang ini bahkan kita sendiri yang merosakkan bangsa Malaysia...

Hari Kemerdekaan sebenarnya tidak perlu disambut dan digahkan dengan percikan bunga api mahupun tembakan meriam, konsert dan disko yang tanpa henti serta mengira detik tibanya jam 12 malam...

HARI KEMERDEKAAN seharusnya disambut dengan doa dan penuh kesyukuran kerana kita masih lagi berada di bumi Allah ini, berterima kasih dengan segala pemberian dan nikmat kemerdekaan yang dikecapi..

Mengenang nasib pejuang bangsa dengan mendoakan kesejahteraan roh mereka serta berazam untuk menumpahkan bakti dan jasa hanya pada negara... serta mengamalkan dasar tolak ansur dan perpaduan sesama kaum kerana itu jua amalan Rasulullah yang tercinta..

Jangan provokasi atau saling kutuk mengutuk antara satu sama lain.. berfikiran secara rasional akal dan tidak membabi buta dengan menyalahkan orang lain serta tidak didorong dengan hawa nafsu dalam membuat setiap keputusan... ini bukan sunnah Rasul..

Kadang-kala aku berasa bahawa pemikiran remaja lebih ke arah kedewasaan dari pemikiran dewasa yang semakin ke arah kebudak-budakan.. ini hanyalah pandanganku.. namun bukan semua.. hanya segelintir..

Seharusnya bulan Kemerdekaan dan juga bulan Ramadhan ini kita harus tazkirah diri kita dan bermuhasabah diri agar kita tidak lalai dan leka dengan segala nikmat keamanan dunia ini.. Kerana Allah Maha Mengetahui perjalanan hidup kita... hanya Dia yang menentukan bilakah kita dihitung di sana...

Jadi, mari bersama bersyukur kepadaNya dan berdoa agar rakyat Malaysia terhindar dari malapetaka dan bencana serta ancaman...
dan.. memohon keredhaanNya agar kita dapat berada di syurgaNya..untuk bertemu denganNya..

Terima Kasih kerana membaca.. Assalamualaikum...

nukilan AhmadIqbalHakim.. 6.49 pagi, Selasa, 31 Ogos 2010

Tuesday, August 10, 2010

Marhaban Ya Ramadhan..


Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Kaifa Ha Luka? Harapnya semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya..
Alhamdulillah masih lagi kita hidup di muka bumi ini.. untuk menunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim sejati...

Tepat pada jam 8.30 malam aku mendengar pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menyatakan bahawa pada hari rabu ( esok ) dah start berpuasa.. and as usual orang yang sama jugak yang menyampaikan pengucapan tue.. hehehe.. how authentic..

Hehehe.. bila mengimbau kembali zaman kanak-kanak aku.. sememangnya penuh dengan hilang tawa dan riang ria... xleh bayangkan macam mana sambut raya masa kecik-kecik dulu.. nasib baik la aku x pernah ponteng pose ( seriusly.. memang xpernah..= D )

Bila dah jer diberitahu nak pose esok, aku bukan main lagi seronok.. mana taknya.. jumpa kengkawan masa bazaar ramadhan... main mercun masa orang terawikh.. hehehe... beli makanan bebanyak semata-mata ikot hawa nafsu.. budak la katakan... but bila difikirkan balik.. yeah, pose sememangnya menyeronokkan..

Masa kecik-kecik jugak aku berjanji dengan mak ayah aku.. nak pose penuh.. bila pose penuh leh dapat duit rayer banyak sket.. hehee.. maunya kering duit ayah aku nak bagi duit... but itu masa kecik leh ar.. and kenangan masa pergi terawikh memang sukar dilupakan..
aku masih lagi ingat...

Darjah 4, kampung aku masa tue xder lampu jalan.. so, susah sket ar nak pergi solat terawikh.. then sepupu aku ada idea bernas lagi terbaik.. dia guna bekas tin susu... lilin.. dawai.. dan penebuk lubang.. akhirnya siaplah lampu buatan sendiri.. buat suluh kawasan gelap..
hehehe... wah... those days.. hehehe...

Bulan yang mulia ini aku harap agar dapat melakukan amalan yang disukai Allah.. setan semua dah dirantai so, aku sememangnya excited.. hehehe.. bila lagi aku boleh menikmati ketenteraman jiwa disamping beramal hanya kepada Allah Ta'ala... kerana bulan ini bulan barakah.. berlipat kali pahala diberikan kepada hambaNya yang setia..

So, hopefully kita semua mendapat manfaat dari bulan yang penuh makrifah nie.. Amien..

Iqbalhakim


Friday, August 6, 2010

Ogos... Bulan Patriotisma Dan Bulan Pengorbanan..


Assalamualaikum.. hey, what's up people ?
Hehehe... Hip-Hop lak aku skunk nie..

Skunk nie dah masuk bulan Ogos.. x lama dah nak masuk bulan Ramadhan yakni bulan yang memang di nantikan oleh umat Islam seluruh dunia..

and also jeng.. jeng.. jeng.. dah start masuk bulan PATRIOTISMA.. dude.. dah masuk kemerdekaan kita yang ke-53 tahun..

well, what I wanna share with you guys today is something to do bout our present and the past..

some says that I'm like an old grandpa who wanna share old stories with all.. well, IT IS.. sebab kita sekarang nie semakin menganjak ke arah kemajuan...

dan pada masa yang sama kita jarang melihat kebelakang dan bersyukur dengan apa yang ada... mahupun mengenang jasa dan nasib ibu bapa serta nenek moyang kita dahulu..

why am I sayin' this? well, it triggers me 2-3 days ago.. since I read Mastika bout an article that told bout how it was back then.. sebelum kita mencapai kemajuan...

bagaimana sukarnya seorang budak untuk memperoleh sepasang kasut.. bagaimana sukarnya mereka mendapat makanan seperti ikan @ ayam.. dan hanya makan ubi kayu..

how they undergo challenges like being wet in the rain.. xnak bagi kasut basah.. so, pakai selipar and covers it with plastic.. it's just too sad to read.. it's just the same stories that my dad told me this afternoon.. bout how he eats...

diorang cuma makan pucuk paku dan ubi kayu jer.. ikan susah nak dapat.. tambahan lagi ayam..
dulu zaman memang meleset.. my late grandpa and grandma works in estate.. to feed my uncles and aunt..

bagi budak zaman sekarang... apabila diceritakan tentang perkara yang ibu ayahnya alami...
reaksi mereka cuma.. : alah, ITU ZAMAN DULU... ZAMAN SUDAH BERUBAH... NEGARA DAH MAJU..
bukan salah ibu bapa yang mengajar mereka..
bukan salah anak yang x tahu kesusahan mereka..

tapi itulah DUNIA zaman sekarang... Alhamdulillah aku dapat menerima hakikat kehidupan mak dan ayah aku yang x seberapa.. sebab aku pun dididik sama seperti datukku mendidikku..

belajar dari kesusahan... dengan kasut lama... baju lama.. and stories that mom and dad would always shared with us.. not to make us proud to be live in a modern country..
but to be modest and thankful... and appreciate all of their efforts and experience..

that's all.. i think.. pergh.. kalau dah luah.. makin panjang jawabnyer..
thanks for Akram Hj Ramli who supported me in giving some ideas and stuff like that... ( dude.. you still have to meet me before goin' to Egypt.. get that? hahaha....)

and thanks for those who are reading and support me...

Assalamualaikum...

peace no war... IqbalhakiM


Sunday, July 25, 2010

Evening Slumberland...

JoM PiJAk BenDEra ISraEl.. ( COurTesY Of SaViNg GAzA )

Assalamualaikum sumer... ape khabar gamaknye? ( loghat Perak.. ) nampaknya selama seminggu nie petang asyik hujan jer... xder lebat mana.. but ok jugak sebab sejuk sikit Bumi Allah nie... rahmat dariNya la katakan..

well, today i wanna talk @ complain and rasa tak puas hati dengan orang-orang yang dinamakan sebagai....

"CAKAP GEDEGANG!"

tahukah anda ape itu gedegang? hehehe.. ianya satu panggilan bagi seseorang yang sememangnya TAK TAHU MALU dan YAKIN DENGAN TERLAMPAU TINGGI tanpa mengetahui risiko GEDEGANG mereka sendiri.. dipendekkan kata... dalam kamus ayat-ayat power.. gedegang bermaksud seseorang yang bercakap dengan megah dan penuh riak dan yakin dengan percakapannya namun ianya TIPU belaka..

apsal aku nak cakapkan pasal orang jenis nie? well diorang nie sememangnya MUKA TEBAL.. kalau la aku nak inform sesuatu perkara.. biarlah kita konfem betul-betul dan jangan serkap jarang... and cuba inform secara biasa-biasa... cuba bayangkan anda bercakap dengan megah bahawa anda akan dapat keter padahal bila 2-3 berlalu anda di'reject' dari pinjaman kerana anda di'Blacklist'kan? itulah namanya GEDEGANG...

aku dah jumpa ramai giler orang spesis nie.. tok sah cakap ar kat mana and siapa...
bak kata pepatah.. SIAPA X GOSOK GIGI... DIA TERASA TAIK GIGINYA... er, betul x?

senang citer hari nie aku memang panas hati dengan golongan ini... bukan aku jer.. ramai ag x suka.. sepatutnya diorang kenalah jaga adab and bijak apabila menyatakan sesuatu.. bila aku cakap bijak bukan bermaksud pandai berkata-kata tapi tahu bila dan di mana bila nak menyatakan sesuatu serta tidak secara sembrono menyampaikan idea tanpa diskusi dan pendapat dari orang yang berpengalaman..

or else you would end up being mocked by all of those who are believing in what you say... you would lose faith... nak sangat ke?? rasanya itu jer la hari nie... dari sejuk membeku petang aku hangatkan dengan rasa geram aku.. reda dah sikit lepas kat sini.. fuh..

ok, assalamualaikum..

-iqbalhakim-

Wednesday, July 21, 2010

Nak Dekat Dah Bulan Pose...

sejak bila la ada lambang untuk rumah sukan sekolah aku nie erk...
hehehe... dah maju dah sekarang...

assalamualaikum.. dah lama sangat aku x taip blog..
seorang insan yang selalu sibuk dengan kuliah ( not 24/7 but leh kata seharian.. )
so, masa aku lebih kepada memasang telinga dan mendengar kuliah @ lecture yang disampaikan pensyarah..

hari nie.. Khamis, 22 Julai 2010, pukul 9.33 pagi aku menulis blog nie.. ( mak aih, skemanye ayat.. hahaha.. )
boring teramat sebab kelas pagi xder.. kalau x leh stay lama sket kat rumah..
and allowance dah masuk dalam rm 621 every month.. ( cam gaji ar.. hahaha.. )
kena pandai berjimat sikit... xleh sembrono je pakai duit tue ikut nafsu.. tol x?

life aku berputar ke tempat yang sama jer... kuliah-balik-makan-tido...
kalau nak kata xder life.. ehem, nie memang life aku.. kena rasa enjoy sket..
memula hidup nie ko akan rasa cam boring je belajar... tapi lama-kelamaan bila dah kerja terasa nak balik belajar..
itulah manusia.. x pernah berpuas hati dengan sesuatu.. ( curahan minda dari hati aku yang tengah tenang.. )

end it a lil short i say... x banyak nak share... ( kes x gather info la.. hehehe... )
but will keep updating.. insya-Allah...
coz this days I've gone a really life-changing experience... Thanks Allah...

Assalamualaikum...

iqbalhakim


Wednesday, July 7, 2010

In The Morning With Silentness..


Carles Puyol scores the lone goal in Spain's 1-0 victory over Germany in the World Cup semifinals.


assalamualaikum.. yo!!

kembali kita dalam rancanga Iqbal.. hehehe.. yer, hari nie saya amat gembira sekali sebab pasukan Sepanyol telah melangkah ke Final...

ramai menjangkakan pasukan German yang kerjanya membantai pasukan dengan jumlah 4 gol setiap perlawanan akan membuatkan peminat Spain seperti saya gelisah dan gundah gulana..

hahaha.. tidak sama sekali.. pemainan yang terbaik telah ditunjukkan oleh pemain Sepanyol.. dengan percubaan David Villa, Fernando Torres pada separuh masa kedua serta pemain lain seperti Xavi, David Silva dan Iniesta.. mereka menunjukkan bahawa tanpa samba Brazil atau counter-attack German.. mereka masih bergaya..

buat apa nak banyak gol.. cukup saje dengan satu gol memadai untuk melayakkan Sepanyol ke perlawanan akhir di Soccer City.. tandukan berbisa Puyol menjadi tandukan emas yang membawa Sepanyol ke perlawanan akhir menentang Oranje iaitu Belanda..

tandukan pada minit akhir dari Puyol telah menyebabkan German mula bermain secara agresif namun itu tidak memadai.. ada mengatakan bahawa disebabkan Muller tidak bermain makan semangat German untuk menguasai permainan hambar namun perlawanan semalam jelas tidak menunjukkan German lemah..

beberapa counter-attack Germany yang sememangnya laju dan pantas dapat diselamatkan Iker Casilas selaku kapten pasukan Sepanyol.. permainan lebih memihak kepada Sepanyol dengan penguasaan bola hampir 60 % dan kekemasan passing dan corak serangan yang pelbagai..

pujian patut diberikan kepada Sergio Ramos kerana banyak membantu dalam bahagian serangan di sebelah kanan.. sememangnya pemain yang merbahaya.. crossingnya yang boleh dikatakan tepat dan gerakan penyudah yang dapat membolosi pertahanan German yang terdiri dari pemain yang tinggi lampai semuanya..

apa yang pasti perlawanan pada pukul 2.30 pagi itu sememangnya sempurna di mana tiada kad kuning atau pemain yang keluar padang.. cuma ada sedikit sebanyak kontroversi mengenai pemain Sepanyol yang banyak menerima offside dari pengadil..
apa-apa pun tahniah Spain!!! Jumpa di Soccer City...

iqbalhakim

p/s : amacam? leh jadi Hasbullah Awang x? @ Abu Bakar At
an

Wednesday, June 30, 2010

exhausting week of 3rd sem,,,

aku dulu pernah botak.. and from that year.. mak aku x bagi dah potong botak..
nampak cam ahli shaolin lak.. hehehe.. team basketball 2004



salam..
simple but elegan, i like.. hahaha..
well, i'm back by popular demand.. hahaha ( gua demand lebih weyh.. ) and for those out there yang seronok cuti... life's over dude.. korang lagi seminggu nak enjoy... Muahahaha... ( gelak kejam.. )

aku dah pun mulakan semester 3 dengan relaks dan macho... ( poyo lebih.. ) intake dak junior sem 1 memang buat aku ternganga bila sampai.. mak aih, kolej nie giler ke hape.. 170 student semester 1? pesal ar amik banyak sangat intake erk? bebanan tue kian terasa masa aku ada program orientasi hari nie.. banyak giler budak junior sampai aku x tahu nak beza mana intake latest.. mana intake lama..

and like other semester, i also had gone through a whole week of briefing..
bout the subject.. bout the teacher... reminding me of old skewl.. kalau masa sekolah rendah dengan menengah.. ok, hari nie saya x mengajar awak.. kita buat sesi perkenalan.. nama saya Cikgu.. Ha.. HA... HASNAH!! ( newbie katakan.. ) sekarang kat kolej.. ok, saya Encik Berahom.. ngajar subjek Anatomi, ada 17 topik.. bla.. bla.. then.. aku di awangan la jawabnyer..

adoi..
week nie memang aku letih and also sakit... nak tahu ape sakit aku?
-ulcer mulut
-Headache secara tiba-tiba ( especially lepas makan.. and time sujud..)
-undigested food.. mudah sangat kenyang dan rasa penuh..

rasanya maybe sebab aku x biasa ag dengan semester 3 and the surrounding..
and ketahanan aku kat dorm kurang.. jadi, kena pandai-pandai kuatkan diri la jawabnyer.. hehehe..

yeah, FIFA 2010 nak sampai ke kemuncaknya.. 2 hari xder FIFA.. player semua resting and prepare for quater final.. Spain pasti menang punyalah.. hahaha... and that's all aku ngomel.. thanks for reading... keep in touch.. Adios.. Assalamualaikum..

IqbalHakim

Friday, June 18, 2010

Dizzy Head And A Load Full Of Boredness..




assalamualaikum...

hari nie.. 18 Jun 2010.. adalah hari cuti untuk aku, dekat 2 minggu dah cuti...
bosan? hehehe... ( memang benar-benar bosan )
namun aku masih hidup dan yang manisnyer aku x naik berat badan !! ( ape aku merepek nie? )

rasa rindu nak masuk belajar balik kian terasa.. entah la.. selama aku belajar kat mana-mana pun macam tue jugak..
akan ada satu saat di mana anda akan merasa bosan yang teramat berada di rumah ( xkire kalau korang kerja ke.. menganggur ke.. )


perasaan nak belajar balik, jumpa member sekuliah @ satu bilik.. buat kerja giler ( yang penting aku x giler... hahaha.. ) dan menikmati saat muda-mudi sebelum kembali serius biler habis pengajian..

aktiviti aku kat rumah masa cuti? tidur, makan, mandi... buat kerja rumah cam menyapu @ beli barang..
selain tue keje aku pergi cyber cafe jer.. sekarang x dah.. dah ada netbook and wi-fi..
but still rasa boring.. itulah manusia.. xpernah rasa puas.. hahaha ( tahu pun ko.. )

old fren aku kat matrik semua cuti but aku x ajak jejalan pun.. duit xder beb..
bukan nak kata ekonomi dunia meleset tapi ekonomi aku meleset.. hihihi..
selagi aku x habis belajar nie jangan harap ar nak dapat pay-check.. heheh.. duit elaun tue pun aku dah terkinja pakai sampai kering..
betul ar orang tua kata... " simpan sikit-sikit lama-lama jadi bukit "
betul gak kata aky " amik sikit-sikit, lama-lama tinggal seringgit ".. hadoii..

jejalan? olidae? nasib je la ada majlis kahwin sepupu and sedara mara yang datang melawat..
entah la.. aku semakin meningkat dewasa nie ( ehem.. baru 20 tahun jer.. ) rasa cam dah malas nak jejelan merata..
dah x der feel orang kata...
sebab kita dah besar.. xnak menyusahkan orang.. biarpun sedara-mara kita sendiri..
betul x?
kalau kerja dengan diorang xper gak... ingat senang hati goyang kaki rumah sedara camtue jer?
it feels ackward to me... = D

anyway, aku tengah boring sebenarnyer.. tue yang posting blog hari nie pun nampak cam xder makna jer kan?
hehehe... so, happy reading... need to find material and really be creative with words...
see ya!!

p/s : Selamat Hari Bapa kepada abahku, Mat Yusoff pada hari esok ( 19 Jun 2010 ) atas segala nasihat dan tunjuk ajar.. serta didikannya...
menjadikan diriku begitu hebat dan berjaya..
terima kasih atas segalanya.... hanya Dia mampu membalas jasamu Abah...
thanks!!

-iqbalhakim-

Tuesday, June 8, 2010

Jun Day-Off...

cikgu-cikgu aku masa sambutan hari guru peringkat kebangsaan... tema? Old Skewl.. hehehe..

Assalamualaikum W.B.T..

Apa khabar semua? Dah lama sangat aku x update blog nie.. ( ayat sama jer permulaan blog.. hahaha.. ). Sekarang nie dah masuk June ( Juni, Jun.. whateva.. ) and aku baru jer habis praktikal.. seminggu yang lepas..

cuti 3 minggu nie sememangnya.. BLUR!! Sebab aku x tahu nak pergi mana.. duit tak ada ( perhatian, aku sememangnya suka boros duit, cakap mak aku ar.. ) dan boring duduk rumah..
ibarat macam orang menganggur ( ye ke?.. herm.. )

semalam sedara aku dari KL sampai.. mak cik aku.. ( aku panggil Chik jer.. pendek sket.. ) prepare nak deliver ( just like my mom.. ). So, dia sampai rumah semalam and staying with us for a couple of weeks.. anak-anak dia ramai, so agak meriah la rumah..

hari nie pulak adik lelaki aku no. 3 ( Luqman Hakim ) pergi Pahang, ada perkhemahan peringkat kebangsaan. Wakil PBSM.. ( dalam sejarah famili aku.. semua adik-adik aku and including me jadi ahli PBSM masa sekolah rendah.. tradisi beb.. ). So, dia dah bertolak dalam pukul 10.00 pagi tadi.. makin sunyi rumah.. dia jer faham perangai aku.. ( kitorang 1 kepala kowt.. )

my sis balik esok, ringan sikit kerja kat rumah.. mom dah habis pantang and now dah start buat keje rumah ( bukan keje rumah dak2 sekolah buat tue.. hehehe.. ). Abah aku lak sekarang tengah ready untuk trip Pahang but x buat keputusan lagi nak pergi @ tidak..
sebab it has been a while.. dekat setahun abah x kerja luar dari Kelantan...
aku faham.. maybe agak berat hati sebab kalau dulu dia dah biasa..
sekarang dengan ada anak kecik ag.. don't worry abah.. I understand..

guess what, result final exam for my course was already out.. so, aku tanya lecturer aku which by da way handle budak semester 1 untuk intake Jun 2010.. alhamdulillah, I got 3.85 for my CGPA.. kire ok ar naik sikit.. at least aku masih pertahankan pointer aku.. and there are two of the students which excel.. skor 4.00..
tahniah abu huraira and fildaus ismail.. ( diorang nie semua budak bilik aku.. haha... )

anyhow, setakat nie xder benda menarik perhatian aku.. kecuali sekarang ini dengan berita bantuan ke Gaza asyik disekat oleh tentera Zionis yang BANGANG!! serta bahang piala dunia FIFA 2010 yang just tinggal 2 hari lagi.. ( kalau aku kire x silap hari Jumaat start.. )
jadi mari bersama-sama kita menyokong pasukan yang bakal juara disamping sentiasa mengingati sahabat dan saudara Islam kita di Palestine..

thansk for reading.. keep viewing and I'll keep posting.. = D

-iqbalhakim-

p/s : kalau cuti sekolah jer mesti ada majlis kahwin erk? hahaha.. memang naik berat badan..

Saturday, May 15, 2010

Paper last lusa... Akhirnya Aku BEBAS dalam SENGSARA..

lawa x pantai nie? aku sorang jer leh amik shots macam nie.. hahaha ( riak giler )
kat Pantai Irama Bachok..


assalamualaikum...
apa khabar semua? ( cam konsert merdeka jer.. hehehe.. ) aku alhamdulillah x sihat.. ( pelik kan aku jawab macam nie? )..
dah masuk 3 hari aku demam start dari hari khamis lagi.. memang melarat giler..
dah la masuk waktu FINAL EXAM lak tue... nasib baik la aku tinggal dua paper lagi..

perkembangan terbaru pasal family aku? hehehe.. well, mak skunk nie agak penat memandangkan dia kena jaga adik aku ngan 'kerenah' barunyer... hehe.. ( adik bongsu aku nie jenis payah nak lentok.. so mak aku memperdengarkan lagu-lagu dan puji-pujian kepada Allah.. baru la tidor..)
kekadang aku kesian kan mak aku nie.. masa aku kecik dulu agaknye macam tue la mak aku jaga aku..
suka menangis.. mak aku pernah citer aku pernah demam panas masa kecil..
ayah aku berlayar pulak..( skunk Ex-Navy)
so aku dapat bayangkan kesusahan dia menjaga ketujuh-tujuh adik aku...
SELAMAT HARI IBU.. Wan Noorazlaini...
jasamu tetap ku kenang... akan aku berjaya demimu dan demi abahku.. Mat Yusoff

ayahku tetap macam biasa.. mengadap televisyen.. dan menyara keluarganya dengan hasil pendapatannya..
adik-adik aku semua tengah berusaha untuk mencapai kejayaan ( ayat skema giler.. hehehe.. )

and semua orang dah tahu yang Malaysia x berjaya merampas Piala Thomas lepas kalah ngan China 3-0 semalam... fuh, saat tue memang sengsara..
cadangan aku.. suntikan semangat bagi pemain Malaysia dan belajar selok belok permainan China.. macam aku dapat tengok cara main diorang sememangnyer laju dan cekap...
anyway... Malaysia tetap gempak..

owh yer.. aku dah dapat tempat posting aku untuk praktikal.. kat kawasan Tanah Merah...
sememangnya jauh dari rumah aku...
ini baru ada pengalaman..

ok, kalau aku ada kudrat.. i'll keep on updating... chiow!!

p/s : semenjak dua menjak nie aku selalu jumpa dak sekolah rendah aku... dalam FB...
sememangnya mengembalikan memori lama.. hihihi.. = D

-ahmadiqbalhakim-

Tuesday, May 4, 2010

Neon Dan Mei Yang Buatku Keletihan...




assalamualaikum..
apa khabar semua? harap semua sihat-sihat belaka.. macam biasa aku ber'blogging' untuk mengisi ruangan masa yang ada.. dari dok tidor memanjang..

actually hari nie sememangnya panas sekali.. bahang kepanasan sampai ke malam aku masih lagi merasa.. ( even dok kat bawah kipas sekalipun aku masih lagi berpeluh..)

member lain semua tengah dok prepare ngan final exam.. x kira dak-dak universiti atau kolej, semua dah nak masuk semester akhir.. termasuk aku.. yang bakal menghadapi final exam dalam bulan ni.. start hari Khamis..

Aku pun sekarang nie kekurangan duit dah ( tue la.. boros sangat.. ). Aku memang benci bulan Exam sebab masa nie la nak gegila kerah keringat dan peluh untuk bace buku ( sesetengah prefer slide.. maju kehadapan la katakan.. ) dan duit banyak guna ( isi pen, pensil.. adoi.. )

Not to mention tengah dalam proses demam nie.. ( dah lama aku x kena selesema.. cuaca panas sangat ) harap x effect la exam aku nie... maybe sebab aku banyak sangat lalai dengan segala perkara duniawi sampaikan ukhrawi aku remeh temeh kan? ( masyaAllah.. kena berubah.. )

aku pun duduk sebentar dekat satu spot bestnyer.. dekat area Beris nie sambil lihat neon lampu dan juga merasa udara.. aku kena sedar.. xleh terlampau hanyut dengan kebendaan... setiap kesusahan akan ada jalan penyelesaiannya.. dan usaha itu mendorong...

mintak-mintak la jauh dari KEMALASAN TAHAP MELAMPAU! hehehe...

assalamualaikum..

-ahmadiqbalhakim-

p/s : aku baru usha citer ketika cinta bertasbih 1 & 2.. no wonder leh ngayat sket dalam blog nie.. hehehe... anyway 5 star untuk Cherrul Umam atas direktingnya dan juga Habiburahman El-Shirazy atas karya agungnya mengenai cinta dan Islam...

ALLAHUAKHBAR...

Thursday, April 15, 2010

Marhaban Ya NorAini... Majlis Cukur Jambul..

Arifillah selepas dicukur jambulnya..

assalamualaikum.. kaifa halukum? harap-harap korang semua sihat walafiat...
Alhamdulillah aku diberi peluang lagi untuk mencurahkan pemikiran aku dalam blog nie serta things that happen all around me... well, semalam aku pergi suntikan vaksin Hep B yang ke-3, sememangnya lenguh tangan nie.. dan jugak adik perempuan aku yang kedua balik..
Norsyafiqah.. baru je lepas Final EXAM.. belajar kat Sepang..

hari nie berlangsungnya majlis cukut jambul untuk adik ke-7 aku ( wah, ramai tue.. ) Muhammad Arifillah ( nama cam member aku.. Arifi Putra.. ) di rumah. Majlis yang ala kadar ini sememangnya dinantikan oleh mak dan ayah aku sebab inilah majlis cukur jambul terakhir untuk adik aku.. ( xder dah ke-8 pasnie.. hehe..)

aku amat terharu dan tersentuh bila mak aku sanggup gadaikan rantai emas dia untuk majlis adik aku nie.. ( pengorbanan yang memang kalau seorang anak tahu.. menitis air mata.. )
aku rasa majlis yang lain selama nie pun dia buat macam nie gak cuma masa tue aku kurang mengerti..

majlis nie dihadiri oleh kaum kerabat dan orang-orang kampung terdekat, mostly orang kampung aku nie sedara aku gak ( datuk aku dulu-dulu banyak kawin.. cerai.. meninggal.. tue yang ramai waris tue.. hehehe.. ) dimulakan dengan memberi manisan kurma @ kismis dengan air zam zam.. ( aku x ingat nama upacara nie.. tapi ada belajar dalam Pendidikan Islam.. )


majlis cukur jambul...

tok imam selepas tue membaca surah, bercukur kepala adikku ( ngan 7 orang lagi termasuk abahku.. ) dan juga doa supaya adikku ini menjadi anak yang soleh dan selepas tue bermulalah selawat 'Marhaban' ( selawat yang ditujukan untuk anak yang baru lahir.. ) dengan mengusap kepala dan mendoakan kebahgiaan adikku..



majlis selawat Maraban..
majlis makan pulak just makan nasi dengan ayam bakar.. ( adat orang Kelantan kalau buat majlis jarang order catering.. diorang lebih prefer keluar duit sendiri dengan beli bahan makanan dan memasak dengan orang kampung.. ) Jelas terlihat wajah puas hati abahku apabila majlis tamat.. sebab dah makbul dah impian dia... untuk adakan majlis nie sekali lagi..

and that's all for today.. sebab aku nak pastikan bahawa setiap moment yang berharga akan aku letakkan dalam blog aku.. supaya aku sentiasa ingat dan juga mengenang jasa ibu dan bapa yang telah banyak membantuku..
yang mendidikku dari kecil hingga dewasa tanpa rasa jemu..
terima kasih....

iqbalhakim

p/s : serabut sebab exam dah nak dekat, 2 minggu lagi dan aku still x prepared.. ngee...

Friday, April 9, 2010

Welcome To The Family.. lil Bro..

assalamualaikum.. apa khabar semua? ( ceria nampak! ) semestinya sebab aku meng'gather' semua info dan juga maklumat... dan hari nie konfem aku puas hati dengan posting aku yang terhebat.. ( hehehehe.. riak giler.. )

This is my new brother...

tanggal 6 April 2010, jam 1.05 tengah hari... hahirlah seorang bayi comel yang sememangnya sihat walafiat dan sempurna tubuh badan... adikku yang ketujuh selamat dilahirkan di Hospital USM, dengan berat 2.6 kg dan muka yang kemerahan.. sememangnya rezeki Allah yang tidak terkira..

sebelum tue pukul 4.30 pagi 5 April waktu Malaysia ( macam berita pulak.. hehehe.. ) air ketumban mama aku dah pecah.. so, expect that adikku akan tiba bila-bila masa.. but agak lama jugak mak aku menunggu.. coz kontraksi still xder.. takut jugak mak aku takut lemas ke.. sebab lama sangat tunggu nak bersalin.. lastly lepas dok kat wad for almost a day.. my lil bro was finally born... hehehe... masa hari pertamanya..

7 April.. x dapat aku nak tengok sebab adikku terpaksa dimasukkan ke dalam incubator sebab ada kekuningan dan juga kandungan Haemoglobin ( sel darah merah ) yang banyak dalam badannye..

8 April.. still dok rumah... aku spend masa nie update FB and also Myspace... and do some chores... ( 2 kali ganda banyaknya sebab adik perempuan aku pergi kem.. ) kat rumah memang dah x masak dah.. makan dengan makanan beli kat luar jer.. hehehe.. ayahku keletihan sebab dari tengah hari sampai ke petang dok tengok baby and also my mom.. tukar wad katanya..

9 April... pukul 10.00 pagi lagi kitorang bertolak.. nak tengok baby.. kalau tidak tengok kat handphone jer.. sampai je kat wad dalam pukul 11.oo pagi.. nampak mak aku membawa adik kecikku.. hehehe...
comel sesangat.. nampak innocent ( da... memang semua baby nampak innocent lagi suci.. ) nampak kasih sayang ayah ngan mak aku masa belai adikku.. macam mana la orang yang buang bayi tue.. xder rasa bersalah ke? ( emo sket.. )

then aku balik rumah dan teruskan hidup.. hopefully dengan semangat baru... insyaAllah so, there you have it.. brief sket jer pasal adik aku nie.. hehe.. yang pasti aku gembira giler sebab dapat merasai setiap saat dan detik kelahiran dan jugak dapat pegang baby.. hehehe.. ( aku siap letak gambar adik aku dalam background hanset.. hehehe.. ) anak adalah harta paling bernilai dan rezeki dariNya yang tidak terperi.. ditambah lagi kalau ANAK YANG SOLEH.. insyaAllah.. sekian.. be sure to stay reading my posting!!

-ahmadiqbal-

p/s : first time tengok abah aku memasak hari nie.. jarang sangat nampak dia memasak.. hehehe.. = P

Monday, April 5, 2010

New Ones Coming Knocking My Home....

di'netbook'ku tempat cetusan idea bermula.. dan termasuk SAKIT BELAKANG.. hehehe

assalamualaikum..
yo!! akhirnya aku meng'update' lagi blog aku hari nie... rajin sesangat sejak dua menjak nie..
( yela.. semenjak aku ada netbook nie.. )
aku dah plan dah kalau nak wat blog or nak luahkan pendapat atau idea.. aku 'draft'kan dulu apa aku nak cakap ( keyword, info and other sources yang leh dipercayai.. )
xnak tulis meraban ( in other words.. merapu caca marba.. ) and paling penting aku puas hati dengan hasil idea aku.. ( hehehe.. bangga diri lak.. )this is ma mom.. muda kan? xder makan jamu aper.. Natural punyer..

mama aku dah 'pecah air' ( ackward isn't it bila English jadi Melayu.. but itu la terjadi selalunya.. )mama aku mengandung.. masuk 9 bulan ( alhamdulillah cukup bulan.. ) dan at 2.30 petang dapat sms.. katanya air ketumban ( amniotic fluid.. bio sket.. ) dah pecah...
so dia sekarang kat wad.. baby expect dalam 24 jam..
wish her good luck and May ALLAH help her in delivering the baby.. Aqil Hakimi..

other then that adik perempuan aku, Nursyafiqah tengah exam final.. dia dalam program A level ( some programme that I really want to be in.. ) dalam Medic. Aku harap dia leh wat yang terbaik sebab sekarang dia pikul beban aku.. so, good luck Sis!


kelas hari nie sememangnya sengsara habis.. bayangkan 5 jam belajar perubatan... kelas Nursing ngan kelas Farmakologi lecturer xder.. so, En. Najib membantai habis semua masa lecturer-lecturer nie untuk habiskan silibus..
semua pasal digestion and diseases berkaitan dengannya..
pendapat aku? aku ok jer.. memang dah x masuk dah bila masuk 2 jam terakhir..
semua atas usaha student gak.. xleh nak marah kalau lecturer nak wat kelas lama..
patutnya bersyukur... hehehe..bukan senang dapat lecturer yang berdedikasi macam dia.. hehehe..
after meal.. memang pose maut punyalah.. hehehe..

balik jer pekena nasi RM 2.. ( dah memang nama nasi nie... hehehe..) dan bukak internet..
and also bought a new book yesterday.. hoping that aku leh manage diri sket..

looks like I'm quite busy after this.. but never forget to BLOGGING..
finding material..
see ya..
salam...

AhmadIqbalHakim
7.35 malam, 5 April 2010 Isnin

Saturday, April 3, 2010

April... I'm Dead Meat! Erk...

Kondusif dan Nyaman.. But Aircond SEJUK GABAN... Brrr...


assalamualaikum... whazzup people? Iqbal is in da house!
hahaha... it has been a long time since I updated my blogs.. try to type it in English today.. hehehe..
( dah xder kejenyer pasal.. aku campur aduk sket xper kowt? )
well, my life until now is full with assignments, works.. test.. and also lazy bone.. ( pemalas nyer dak.. kekeke.. )

This is ma Netbook. His name is HP Mini Netbook...
Yoroshikui!!

ah, malas la nak speaking.. berbelit lidah aku nak menyebutnyer... sekarang nie dah masuk bulan April.. rasa macam sekejap je masa dah berlalu and x lama lagi nak masuk FINAL!! .. hidup aku dah makin lama makin interesting..
aku dah dapat netbook from TM ( kena bayaq kowt rm 50 sebulan ).
cover kata nak pakai untuk assignment ( actually that's really my intention but.. bila dah dapat, xder lak keje.. )
at least aku leh pakai wat study.. nak rujuk slide gambar etc..
Baiklah, semua LETAK PENSEL!! Test dah habis.. erk, pening paler..

aku memang benci pop quiz and also test mengejut ( aren't they the same?! ). Hari nie aku ada test MCQ ( Multiple Choice Question ).. bout Medical. Memang x expect sebab aku dah blank habis dah..
bayangkan ko masuk dalam bilik kuliah dengan saki baki ilmu dalam paler hotak korang ( sori terkasar bahasa but ini realiti.. CEWAH!! )
soalan kena pilih TRUE and FALSE dah la ada dekat 120 Question ( ada 30 soklan, setiap satu jawab betul @ salah.. like 1. A true 1. B false.. memang BANYAKKK!! )
dak belakang kelas leh berdehem lag.. ( pepaham la.. meniru time.. amalan bangang lagi membiolkan.. hehehe.. ) dengan kepala aku sakit..
menjawab dengan OTAK BERDENYUT la jawabnye..


owh yeah... and my collehe is having new student for April Intake 2010.. adoi, aku teringat lak muka masa memula masuk.. memang penuh harapan nak strive for the best..
just to find out that there are something that worth only dreaming...
( apa-apa pun kolej tempat aku belajar gak.. nak wat camner.. ). Don't want to talk bout all the craps at this institute.. better figure out by yourself ( hehehe... )

and also dah ada poster-poster muka calon untuk Majlis Perwakilan Pelajar..
harap-harap la muka-muka nie dapat mengubah nasib pelajar yang semakin dipinggirkan.. ( sedeyh la pulak mood aku nie.. hehehe.. )
kita lihat badan wakil pelajar mainkan peranan atau tidak..
sebab ianya sememangnya tanggungajawab berat sebagai seorang PEMIMPIN dan juga PELAJAR...
salah ajaran... NERAKA la jawabnyer..

hehehe... think that's all for now..Arigatou Gonzaematsu!
Salam..

p/s : just finishing Gokusen 2... really cool Odagiri Ryu and Yabuki Hayato..

iqbalhakim..

Sunday, March 21, 2010

Punishment Day!! Erk.. = S


amaran : baru aku tahu apsal orang nak amik lesen kena 18 tahun ke atas.. hehehe..

assalamualaikum...
dah lama sangat x blogging.. ceria sedikit hari nie biarpun ikut tajuk aku taip nie punishment day..
nak tahu x sebab aku nyer tajuk nie agak pelik? well, macam nie..
al-kisah maka tersebutlah kisah... ( straight to the point jer... )

petang aku ada kuliah dalam kejururawatan... dah siap semua bawak stateskop, and dah prepare sebab expect that ada amali dalam nursing.. looks like manusia hanya merancang sahaja.. Allah menentukan..
aku hari nie ada kuliah macam biasa... as usual students doin lots of stupid thing.. bising aku rasa paling biasa but unusual act student do like tidur bawah katil kat skill lab ( kolej aku ada skill lab yang ada katil for amali kat dalam wad ). Main hanset dan dengar mp3 dalam kuliah pun satu hal gak.. ( aku rasa tue dah tahap x hormat but aku buat gak.. ). Lecturer aku dah bajet kuliah habis awal but comes something that really bothers me...

En Zaidi datang ( one of my lecturer for Nursing subject ) dan MARAH HABIS-HABISAN!! sampai ke tahap dia cakap yang ilmu dia ajar dia x berkati.. aku dah rasa semacam dah sebab aku leh tahan kena kutuk, maki dan memacam lagi but sampai ke tahap seorang guru x memberkati pengajaran... memang setiap insan akan rasa insaf...

kawan aku yang laen ada yang obey but pepaham la je la.. ada la seorang dua kepala 'ngeng' sket. Jenis keras kepala nyer budak xnak dengar kata.. and other lecturer came.. bagi warning kat kitorang kata sem kitorang paling HOT lagi HANGAT dalam kolej nie...

herm.. sampai ke tahap macam tue sekali.. first sekali kesabaran tue perlu ada dalam memberi ajaran. Memang ternyata ada yang keras kepala.. but itu x menghalang mereka dari terus mengajar.. aku AMAT HORMATI EN. ZAIDI dan PUAN ASNIZA.. sebab leh tahan lagi perangai bebudak nie ( aku rasa ada gak yang still x tahu ada x hala tuju diorang pasnie.. ). Kedua, aku rasa kita ( korang yang baca x kira dak kolej aku atau korang belajar kat universiti.. ) kenalah respek lecturer dan cuba untuk ambil perhatian...

sebab aku rasa apa yang diajar walau sedikit, walau agak pressure untuk menerima.. but they are our teacher... aku diajar supaya menerima ajaran dan jugak menghormati orang yang mengajar sebab kita jugak akan mendapat pahala... free lak tue.. hehehe...

i think that's all for now.. ngah gather infomation gak.. hehehe...

assalamualaikum

-iqbalhakim-

Tuesday, March 16, 2010

seharian aku..

assalamualaikum...
looks like hari nie sememangnya busy ngan kerja dan jugak assignment.. memang kadang-kadang lecturer xder belas kasihan punyalah..
hehehe.. pada pandangan aku ar kan.. manusia nie x semua perfect but seldom someone wants the student to be perfect in every single way, not to mention dalam segenap aspek...

hidup x kan nak kena skema slaloo kan? aku sejak masuk kolej nie dah mula belajar untuk mempertahankan hak dan juga maruah...
x pernah lagi aku rasa puas hati dengan kolej nie.. but aku akan pupuk perasaan hormat sebab aku menumpang di sini untuk meneruskan pelajaran.. so, xder makna gak kalau membenci..

life aku setakat nie leh tahan la... tiap-tiap hari pukul 5.30 pagi bangun ( realize that mende nie je la aku selalu buat kalau minggu belajar.. hehehe.. ) gosok gigi, mandi... solat Subuh and etc.. etc.. etc..
keadaan dalam kuliah?
HECTIC dan MENGGILA.. bayangkan campur dak nak belajar ngan budak datang nak main ( sape terasa aku minta maaf.. kekadang korang ok gak.. ) itulah lumrah manusia.. macam aku cakap.. x semua nak perfect.. kekadang aku selalu kena baling ngan peluru kertas ( cam old skewl plak... ), kena maki ( biasa sioot..) dan selalu x ciap keje..

bila ko start gaul ngan ramai kawan ko akan rasa diri lebih dihargai dan jugak pandai dalam membuat keputusan dan xder sembrono mengikut member bertanduk setan ( pepaham jelah.. yang stail clubbing, layan gurlz and so on.. )
each and every one of them realize that they stay just for 3 years only ( make it one year and half sebab belajar teori.. baki wat praktikal.. )

pengalaman nie memang aku x kan lupakan..

iqbalhakim

Tuesday, March 9, 2010

dah masuk March dah skunk.. Heat's Up People!!





assalamualaikum.. mula-mula sekali aku nak ucapkan terima kasih sebab bagi sokongan untuk aku menulis blog nie..
dah lama sangat aku x tulis blog.. banyak sangat kerja dan kekadang x ingat langsung nak update..

apa yang berlaku pada bulan March? firstly lecture dah mula start gear dua ngan segala peraturan dan disiplin ketat dalam kolej aku especially Medical Assistant nyer department sebab peluang student x masuk exam sememangnye tinggi..
tapi bak kata Encik Najib ( lecturer Medical aku... ) final mid sem nielah akan mengubah keputusan yang dibuat oleh pihak atasan, dari red @ yellow light to GREEN!! makna ada lagi peluang untuk diorang berubah...

temperature sini dah jadi macam Egypt sebab temperature sememangnyer panas. Aku yang selama nie x pernah batuk dah jadi kerap batuk dan kahak. Cuaca memang panas. Even dalam berita menyatakan cuaca meningkat sehingga ke 39 darjah Celcius. Memang terbakar abis la.. sama la dengan duit dalam poket aku.. hehehe.. beli air, makanan...
even berat badan aku pun dah makin naik... ( hahaha.. xdernyer nak bangga.. )

aku sekarang nie lebih kepada sendiri jer... agak kurang keluar grouping sebab aku banyak sangat kerja-kerja dan alasan ( bukan aku nak jadi kera sumbang ke aper... but still aku nak ada ruang untuk membuat keputusan sendiri.. ). Hubungan dengan perempuan dah x jadi se'complicated' macam dulu.. lebih terbuka dan biarkan ape saje orang kata....

kekadang kita rasa diri kita nie saje betul... cara pemikiran ini sebenarnya salah. penerimaan kita dengan pandangan orang haruslah diterima dengan seadaanya dan bukan dengan penafian melampau.... dan aku baru mengenali diri..
sifat cemburu dan iri hati serta benci hanyalah buat aku benci dengan diri sendiri, x pernah aku terfikir nak berubah... tapi bila seseorang mula berubah.. kita haruslah sama mngikutinya...
x ada pointlah kalau hanya nak bagi nasihat tapi diri x berubah...
insyaAllah kalau ada masa aku taip lagi.. nak gather info.. hehehehe.... = P

assalamualaikum.. D

-iqbalhakim-

Sunday, February 14, 2010

14 Feb.. CNY.. Herm...




assalamualaikum..
lama x berblogging... nowdays aku dah jadi makin bosan dengan semua kuliah dan juga assignment yang aku kena buat... not to mention bebanan duit yang aku tanggung ( kena bayar memacam benda sempena Sem 2 nie.. )

today is Chinese New Year dan juga hari Kekasih.. but kalau nak diikutkan kita ( for Muslim.. ) xleh sambut Valentine Day. Sebab hari nie, tarikh nie la berlakunya kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol ( if i not mistaken.. ). Kalau nak tahu lebih lanjut.. try bace paper semalam @ surf the internet.. ( pemalas.. hehehe.. )

life aku buat masa nie terumbang-ambing... the good part and the bad part of me is now fighting.. sekejap aku jadi baik, sekejap aku jadi nakal.. ( iman aku rasanyer.. amalan sah x cukup untuk bagi perlindungan untuk aku dari kemungkaran... rasanya.. ). Pemalas toksah cakap la.. memang menguasai diri aku... assignment yang lecturer bagi alangkah banyaknya...

dalam pada masa yang sama aku dapat cuti 5 hari je untuk CNY... esok nak kena balik asrama while adik-adik aku yang lain semua spend time with family.. ( x baik rasa iri hati.. pesanan untuk korang.. ). Aku rasa ada something hilang dalam diri aku, perkara yang aku tercari-cari selama ini...

yang menguatkan semangat aku ketika berjuang dalam Matrik.. dalam sekolah menengah... iaitu sifat percaya pada diri dan keyakinan... aku kurang giler...
sifat rajin memang dah lama hilang sejak aku duk sekolah rendah lagi..
so, better for me to start finding it fast... sebab kita tak tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang.... manusia sememangnyer lemah dan tidak sempurna...
untuk aku mengisi ketidak sempurnaan itu... adalah menjadi kewajipan utamaku..
kepadaNya aku sentiasa bermohon tapi rasanya tanpa usaha x jugak bawa perubahan...
jadi aku kena lebih berusaha dan yakin akan apa yang ada dalam diri aku...
itu yang aku kena cari di samping sifat kerajinan dan KETULUSAN HATI....
kerana setiap amalan tanpa keikhlasan dan setiap pekerjaan tanpa niat baik.... x beroleh apa-apa..

aku rasa sebab tue aku feel down selama seminggu nie... hope that aku leh berubah... = D

-iqbalhakim-


Sunday, January 31, 2010

Bila Jari Menaip... Cewah!!


assalamualaikum... huhuhu udah lama sih aku enggak meng'update' blog aku..

hihihi.. banyak sangat faktor-faktor VIII yang menyebabkan aku x dapat ber'blog'ing...

antara faktor tue termasuklah duit ( elaun gua x masuk lagi ar.. ), masa ( banyak sangat assignment sehinggakan aku rasa masa sendiri amat sedikit untuk berehat.. ) dan jugak idea ( kalau xder idea pun kontang gak blog aku nie.. )


dah masuk minggu ke-5 @ 6 dalam kursus diploma pembantu perubatan sem 2.. banyak sangat benda dalam kepala aku.. ngan subjek perubatan dan jugak subjek pembedahan serta lecturer-lecturer aku yang always ada kerja ( menyebabkan kami hutang kelas yang teramat banyak.. adoi.. X P )


the best part is that aku dah mula belajar amali dalam perubatan.. cam macam mana nak amik ECG, nak amik BP dan memacam lagi la... but ada gak la makhluk Allah nie x hargai peluang belajar.. but kalau nak citer pun x guna... biarkan mereka dengan dunia fantasia mereka... hehehe...


relationship aku ngan dak-dak M.A dan jugak gurlz? herm... ngan dak dorm aku xder masalah... kalau ada pun salah faham ciput-ciput jer.. tapi for gurlz aku agak kurang pasti....

mengapa mereka suka sangat berubah sikap... ada yang aku berbaik dah jadi bermusuhan.. and latest sekali aku dipanggil SNOB @ SOMBONG!! alah, mulut orang la kan? aku nak tapis macam mana...

kena amik iktibar la... aku pun x sempurna tapi at least kita kenalah sentiasa jaga mulut.. jangan cepat melatah atau cepat judge orang melalui percakapannya.. itu yang aku belajar sepanjang penghujung bulan Jan nie....


owh.. lupa hari ni 31 Jan.. last blog aku untuk bulan Jan.. well, nak abis dah bulan nie.. esok dah masuk Februari dah... semoga jumpa lagi Jan tahun depan...

hehehe... ok.. da...


assalamualaikum..

-iqbalhakim-

Tuesday, January 19, 2010

Through My Eyes....


assalamualaikum... apa khabar semuanya? harap-harap korang semua sihat walafiat... dah lama rasenye aku xupdate blog aku nie...
cari material? x gak kowt... busy ngan banyak sekali assignment..
and some new things happen over the past few weeks... new relationship..
new budget money ( fuh, memang mencabar wat bajet duit nie... )
new lecturer.. new attitude...
pendek kata banyak ar benda baru berlaku.. kalau aku nak citer pun entah bila baru habis.. hihihi..
lagipun aku kalau berblog nie pun bout my own life and sekeliling.. mana perkara yang aku rasa patut beritahu so.. aku post la dalam blog nie...
lately kita dah digemparkan dengan macam-macam perkara... dari kes penggunaan perkataan Allah, kes cukai... bout artis... and so on...
and latest tentang pelajar Aswara yang dikenakan hukuman disebabkan posting something berbaur sentimen racial... kat Facebook pulak tue..
aku xnak pihak memane sebab aku sukakan kedamaian.. but one thins for sure that for Muslim like me... kekadang marah gak dengan beberapa pihak yang cuba menjatuhkan agama Islam...
kita dah kecapi kemerdekaan dekat separuh abad dah.. so, xnak la ada kacau bilau lagi...
biar kita hidup harmoni dan sejahtera agar kita dapat membangunkan negara...
then untuk para Muslim sekalian... anda harus berbangga dengan agama Islam dan tegakkan syiar... bukan tunjukkan perkara negatif kepada masyarakat lain..

aku cakap tentang peristiwa di mana aku memang marah giler... rasa nak hempuk je kepala diorang... nasib baik aku ada hati dan jiwa lagi... pakcik-pakcik yang aku jumpa kat kedai kopi semalam siap main nombor ekor lagi... yang paling mengecewakan ada yang pakai lebai...
memang sah dunia nak kiamat dah...
aku tahu x semua manusia sempurna.. kekadang ada yang aku tegur menjawab kubur sendiri... dosa pahala sendiri-sendiri... x tahu la ape dah jadi ngan diorang nie...

hidayah Allah memang amat bernilai.. aku baru dapat lihat sekarang... bagaimana hati nurani seseorang dapat dinilai bukan dari luaran tetapi dari amalan dan tingkahlaku seseorang manusia itu... sedarlah wahai Muslimin Muslimat.. nikmat kehidupan amatlah berharga...
kurniaan dariNya hanya sekali seumur hidup... berbaktilah kepadaNya....

-iqbalhakim-

Friday, January 8, 2010

Hari Ini Dan Semalam...




assalamualaikum...
hari nie aku nak citer sket pasal ape yang berlaku semalam kat hospital....
as usual aku balik rumah ( biasa la cuti minggu kan? ) so aku memang bercadang nak derma darah kat HRPZ 2 ( memandangkan bekalan darah kat sana sangat kritikal... )
aku pun ape lagi tanpa segan dan silunya pergi derma darah semalam....
dulu masa kat matrik pun aku dah pernah derma dah tapi buku derma darah aku hilang ( hehehe... budak-budak la katakan dulu... )
masa kat bank darah ( nama tempat diorang simpan darah penderma.. ) aku diminta untuk isi form... mak aih memacam kena jawabnyer..
hehehe... antaranya adakah anda melakukan hubungan seks bebas.. pernah buat ke.. pernah kongsi suntikan ke...
NO la... xkan la aku nak mengiyakan benda yang aku x pernah buat selama nie.. isk..
bermula la aku mengepam darah untuk diisi dalam satu beg kosong.. x la lama sangat... dalam 10-20 minit... pastu selesai, siap dapay hadiah ag.. ( wie.... )
dulu kat matrik aku memang sakit giler bila diorang pasang branula but kat sini... sekejap je ko tengok dah terpasang... pro habis beb nurse sini..


nie la alat yang 'mengepam' darah aku kuar... hehehe...

hahaha... then masa ambil darah tue xder la aku nak kata seksa tapi member aku ader cakap yang lepas jer derma darah badan ko akan berpeluh ( yeke? teori baru tue... )
and aku notice selepas jer aku derma, balik kat tempat aku parking motor ( gua derma pergi hospital naik motor jer weyh.. haha... ) aku mula berpeluh..
tapi memang ar berpeluh, orang gile mana x berpeluh kalau kuar spital pakai sweater ( DUSH!! kena sebijik... ). At least aku berbakti kepada negara jugak... kalau ada 10 lagi penderma macam aku nie kan selamat manusia kat Bumi.. xder la orang mati sebab kurang darah la.. aper la...
derma darah bukan bawak maut pun.. ( letih tue ada la.. semalam seharian aku tidor... hahaha...
hari nie aku rasa segar kembali.. but kena pergi hantar duit belanja kat adik aku sorang kat sekolah asrama.. aku cakap kat mak petang nak balik awal sebab member nak pergi beli beg untuk kuliah esok..

kesian lak aku tengok mak aku... keter skunk ngah repair...
memang sesak habis kocek aku.. mak aku sarat mengandung pun larat lagi dia nak pergi hantar duit belanja pakai keter kakak ipar dia...
nasib la change plan memandangkan adik aku esok outing.. nak balik rumah...
FUH! lega.. semalaman aku xwat kerja.. rasa bersalah pulak...
memang aku rasa bersalah abis... maybe next time aku kena lebih rajin tolong mak kat rumah...
hari semalam kira dikecualikan sebab aku letih bangat....
MINTA MAAF MAMA... ABANG JANJI AKAN TOLONG MAMA SELALU...

iqbalhakim

Monday, January 4, 2010

SELAMAT HARI JADI AKU!! hehehe... dah 20 rupernyer...


assalamualaikum dan salam sejahtera... SARI BERITA UTAMA..
SEORANG BAYI LELAKI DILAHIRKAN PADA PUKUL 1.15 PAGI DI HOSPITAL BESAR, KOTA BHARU HARI INI.... BAYI INI DINAMAKAN AHMAD IQBAL HAKIM OLEH BAPANYA SEORANG ASKAR LAUT... MAT YUSOFF BIN TAIB HASIL PERKAHWINANNYA DENGAN WAN NOORAZLAINI BTE ABDULLAH...

hehehehe...
yup, hari nie hari jadi aku... so, kalau sesape yang pakai Maxis ngan Celcom memang seronok sakan la sebab dapat free call ngan sms... but bagi aku x layan semua tue..
aku suka layan sendiri...
dulu pernah sekali sekala aku terfikir apsal la aku lahir masa jatuh pada waktu bebudak start sekolah ( kinda funny if you ask me... )
but sebenarnye takdir Allah memang kita xleh lawan...
kataNya JADILAH... maka lahirlah aku masa tue.. memang nikmat hidup nie aku kecapi sepanjang 20 tahun penghidupan aku kat sini...
rasa malas lak nak blog pasal ape berlaku hari nie...
sebab cam pompuan lak kan nak merepot mender tue mender nie.. ( gurly ar.. eik.... )
owh ya... hari nie memang exactly 1.15 pagi ( ISNIN 1.15 pagi.. ) aku celebrate ari jadi aku...
hehehe... dan seperti tahun-tahun lain aku nyanyi sesorang ( gile berani aku... kalau ada mende ngacau x ke gubra? hehehe.. ) but thiz year special... ada orang nak celebrate ngan aku skali
nama kat sini xleh mention ar.. but as a fren.. memang terharu sangat la...
lepas tue sejam lebih kemudian mak aku hantar SMS....
memang aku sendiri sebak dan gembira.. sms tue macam nie..

"happy birthday to my lovely son.. pada detik ini 20 tahun yang lalu mama baru saja melalui saat-saat getir melahirkanmu..."

anak mana x sebak dan gembira kan? such a simple sms but makna dalamannye masih aku rasa... and although every year dad doesn't wish.. mom always says that he always pray for my success in future and here after....
cukup bermakna hidup nie.. amatlah bernilai pemberian kehidupan...
menjadikan kita makin hampir padaNya dan bersyukur atas segala kurniaanNya...
dariNya kita datang dan kepadaNya kita pergi....
UCAPLAH ALLAHUAKHBAR....

iqbalhakim

p/s: thanks to
-nora amila
-linda
-ainatul zuhrah
-zulaikha kist
-rafique
-miz sakhti priya
-miz anim
-hafiz kmkn
-amir hariz
-fhad kmkn
-ezie laili
-bob kist
-azza kmkn
and others..... kalau nak sebut memang panjang berjela.... sowi erk... hehehe...
for wishing me..
hope that your dreams come true!!

Sunday, January 3, 2010

Pandangan Aku...


assalamualaikum... ape khabar semua? sihat?
hehehe... aku alhamdulillah sihat walafiat.. bersyukur kepada Allah...
actually as usual aku malas nak ber'blog' but something cross my mind.. ( bukan crossing the road ok? hahaha... ) berkenaan ape yang berlaku dalam minggu pertama pembelajaran aku.. di semester 2..
how should I start? herm... ok, hari sabtu adalah hari pertama aku start belajar.. dengan x tahu jadual ape nak pakai or saperkah lecturerku.. aku loafing around the college, at the same time batch January baru nak start orentasi ( teringat masa sem 1 dulu but dulu lagi ganaz... ) SESI 2010 ( ackward ar taip 2010.. still gettin' used to it... )
aku dapat lihat muka-muka yang bersemangat waja namun dapatkah semangat tue stay untuk futher semester? aku x tahu sebab takdir tue Allah tentukan dan berpandukan usaha diorang sendiri.. memang betul la kata pujangga... tangan manusia mengubah takdir yang bermaksud jangan just ikut takdir ( aku bukan nak bagi sesat ok?.. )
berserah pada takdir tanpa usaha seperti orang bodoh yang tunggu hujan... usaha dan tawakal itulah kunci kepada takdir... Allah amat sayangkan hambaNya...
dapat jer jadual memang aku terkejut beruk....naper?
well, jadual aku dari9 pagi sampai la 7.15 malam..


agak giler la... kalau kolej ngan asrama dekat xper gak nie dah ar 20 km jauhnyer... isk..
pastu lecturer aku dapat agak ok jugak la.. but some of them memang cepat... nak fast track... siap dah bagi kumpulan untuk assignment lagi.. memang terkejut ar...
ditambah pulak ngan absenties yang banyak menyebabkan guru penyelaras kitorang En. Razak naik angin... mana taknyer.. 30 lebih orang xdatang memang agak kecewa gak la..
macam nie ker nak skor lam semester nie? entah la....
then hari nie pun ada masalah but too personal.. bout pemilihan ketua...
terus terang aku cakapkan aku agak dissapointed ar.. macam mana la handle mesyuarat sambil lewa.... aku xnak cakap banyak pasal hal nie sebab bukan ape sangat...
cuma terkilan dengan sesetengah pihak yang just pikir diri sendiri.. kalau macam nie la gayanyer...
hidup xkan senang kawan... sebab kita manusia xleh duk sesorang..
manusia diciptakan Allah bukan hanya beribadat padaNya malah menabur bakti dan amalan kepada masyarakat sekeliling.. macam fardhu kifayah...
kalau xder orang buat, xker berdosa satu masyarakat tue?
fikir-fikirkanlah..

iqbalhakim

p/s : aku rasa lebih tenang bila layan lagu Hadad Alwi especially bait-bait Arab yang penuh puitis..

Friday, January 1, 2010

2010... and Good News!!




assalamualaikum... bersyukur alhamudulillah sebab sekarang kita dah masuk tahun 2010.. dan dalam masa beberapa hari lagi hari special bakal tiba buat diriku.... ( hehehee.... rahsia.. )
dua hari lepas aku spend masa aku ngan famili sebab ini menjadi rutin harian aku skunk... dulu masa duk kat asrama memang jarang aku dapat mix ngan famili...
sekolah asrama la katakan... spend time ngan adik pun kurang.. but now bila dah selalu balik aku rasa ikatan antara ibu bapa.. adik beradik makin kukuh ( trust me.. aku dah kenal leklok adik aku sumer skunk.. dari yang nakal sampai la yang paling mudah merajuk.. hehehe... )
masuk jer tahun baru bertimbun comment, luahan hati kat dalam FACEBOOK.. especially yang seangkatan ngan aku ( sama umur da... hahaha.. )
ada yang pasang azam baru.. nak awek baru, nak ubah perangai.... so, it's up to the individu to set a new gold... hehehe ( x tahu perkataan azam dalam bahase inggeris.. )
for me? ape azam baru aku? herm...
soklan yang amatlah payah untuk aku jawab sebab x pernah jadi pun azam aku selama nie..
nak kurus?
nak jadi kaya raya? nak lebih hebat @ gempak?
nope... simple... ku bermohon Ya Allah... kurniakanlah kebaikkan di dunia dan di akhirat bagi setiap manusia di muka bumi ini...
hidup x kekal lama... nak enjoy boleh tapi berpada-pada...
last night was the first time aku merasa betul meraikan tahun baru ngan famili dalam keadaan ala kadar jer... x pergi memaner pun...
orang kata apa la nak sambut tahun baru sebab bila tahun meningkat semakin kita hampir dengan mati ( masyaAllah.. ini memang betul.. )
x semua hidup panjang.... sampai masa malaikat maut tarik nyawa kita kan?
jadi beringat lah selalu...

resolusi 2009 cukup bermakna buat aku... dari aku xder harapan untuk teruskan pengajian ke universiti sebab drop dalam matrik ke lembaran baru... pengajian di KIST..
19 tahun aku hidup, pelbagai dugaan dan cabaran aku dah lalui... tahun lepas merupakan tahun paling mengubah diri aku dari yang tiada keyakinan kepada seorang yang ada keyakinan pada usaha diri... akhirnya aku berjaya menempuh 09 dengan suksesnye... 2009
tahun nie la aku habis matrik..
tahun nie aku masuk KIST dan kenal perangai manusia sebenarnyer....
tahun nie jugak aku lebih rapat dengan keluarga dan kenal diri...

insyaAllah... 2010...
aku akan pasti tempuhinya dengan keikhlasan serta memohon keberkatan dan keredhaanNya untuk menyemai bakti dan amalan supaya senang di akhirat kelak..

iqbalhakim..

p/s : alhamdulillah juga aku dapat keputusan yang cemerlang dalam semester satu pengajian... 3.78.. a good start for me... thanks to all...