Monday, August 30, 2010

Merdekakah Kita?


Assalamualaikum... Apa khabar semua? Diharap agar semua dalam keadaan sihat sejahtera dan aman damai...

Hari nie dah genap 53 tahun kita bebas dari penjajahan.. Hari yang disambut oleh semua rakyat Malaysia.. 31 Ogos 1957 tarikh keramat pembebasan Malaysia..

Tarikh di mana kita mula untuk berdiri bangga dan kukuh dalam membina jati diri bangsa dan mengamalkan sikap tolong menolong membangunkan bangsa.. Hari Kemerdekaan Malaysia!

Namun jauh di sudut hati aku, masih lagi rasa kecewa kerana bangsa Malaysia masih lagi tidak bebas dari pengaruh Barat, lihat saja trend pakaian dan budaya anak-anak zaman kini..
Jauh dari zaman kemerdekaan dulu.. dengan budaya kuning dan pergaulan bebas yang berleluasa...

not to mention pembuangan bayi serta kes-kes jenayah yang tiada kesudahannya.. serta adanya sedikit sebanyak sentimen perkauman dalam setiap perbalahan tidak kira di peringkat bawahan atau atasan..

THIS HAS TO STOP! Kenapa aku cakap pasal benda nie? Kita sebenarnya tidak menikmati lagi kurniaan Allah dengan kemerdekaan yang kita kecapi sekarang ini bahkan kita sendiri yang merosakkan bangsa Malaysia...

Hari Kemerdekaan sebenarnya tidak perlu disambut dan digahkan dengan percikan bunga api mahupun tembakan meriam, konsert dan disko yang tanpa henti serta mengira detik tibanya jam 12 malam...

HARI KEMERDEKAAN seharusnya disambut dengan doa dan penuh kesyukuran kerana kita masih lagi berada di bumi Allah ini, berterima kasih dengan segala pemberian dan nikmat kemerdekaan yang dikecapi..

Mengenang nasib pejuang bangsa dengan mendoakan kesejahteraan roh mereka serta berazam untuk menumpahkan bakti dan jasa hanya pada negara... serta mengamalkan dasar tolak ansur dan perpaduan sesama kaum kerana itu jua amalan Rasulullah yang tercinta..

Jangan provokasi atau saling kutuk mengutuk antara satu sama lain.. berfikiran secara rasional akal dan tidak membabi buta dengan menyalahkan orang lain serta tidak didorong dengan hawa nafsu dalam membuat setiap keputusan... ini bukan sunnah Rasul..

Kadang-kala aku berasa bahawa pemikiran remaja lebih ke arah kedewasaan dari pemikiran dewasa yang semakin ke arah kebudak-budakan.. ini hanyalah pandanganku.. namun bukan semua.. hanya segelintir..

Seharusnya bulan Kemerdekaan dan juga bulan Ramadhan ini kita harus tazkirah diri kita dan bermuhasabah diri agar kita tidak lalai dan leka dengan segala nikmat keamanan dunia ini.. Kerana Allah Maha Mengetahui perjalanan hidup kita... hanya Dia yang menentukan bilakah kita dihitung di sana...

Jadi, mari bersama bersyukur kepadaNya dan berdoa agar rakyat Malaysia terhindar dari malapetaka dan bencana serta ancaman...
dan.. memohon keredhaanNya agar kita dapat berada di syurgaNya..untuk bertemu denganNya..

Terima Kasih kerana membaca.. Assalamualaikum...

nukilan AhmadIqbalHakim.. 6.49 pagi, Selasa, 31 Ogos 2010

No comments:

Post a Comment