Friday, October 15, 2010

I've Grown Up!



assalamualaikum..
apa khabar semua? nampaknyer dah lama sangat aku tak menulis blog.. sesetengah mungkin ingat aku akan update jugak untuk hari raya memandangkan bulan puasa hari tue aku ada post..

sori sangat.. bukan sebab xder masa atau gather info like i used to say... but sometimes aku nak kena ada kerajinan dan jugak inspirasi untuk menulis blog nie...

aku xnak hasilkan penulisan secara sia-sia dan hanya untuk meluahkan pandangan aku ajer.. sometimes i find this blog as a motivator for me.. to keeps me on in my life...

hari nie aku nak share dengan semua tentang sesuatu perkara.. it's about kematangan.. nampak perkataan ini agak kompleks.. let me put it simple...

kita semakin besar @ membesar...
kematangan sekarang semakin menyerlah dalam diri aku... ini bukan riak atau berlagak namun aku sendiri merasa diri ini semakin besar..

dan perkara di sekeliling aku pun semakin complicated.. dengan masalah demi masalah yang perlukan penyelesaian..


semua yang aku post dalam Facebook sekarang ini pun lebih kepada pandangan aku mengenai dunia dan diri aku sendiri..

di mana kita selalu saja merasakan bahawa hidup ini begitu merumitkan...

belek sajer kehidupan sesiapa.. ada banyak masalah sebenarnya...tentang...

CINTA.....

DUIT...

KELUARGA...

PERIBADI...


dan lain-lain... sehinggakan kita lupa bahawa kesenangan di dunia dan akhirat ini hanya boleh dikecapi dengan satu... ingat padaNya sahaja...

baru aku tahu mengapa arwah atuk aku menjelang kematian dia berada dalam senyum.. rupernye hidupnya simple sahaja...


masalah duniawi nie dia anggap kecil.. dan masalah dia dengan Allah yang dititik beratkan.. bukan bermakna dia mengejar ukhrawi.. tapi dalam hidup dia... penuh dengan kegembiraan dan ketenangan hanya dengan berfikiran secara mahmudah.. iaitu berfikiran baik...

jadi.. aku rasa melalui pengalaman ini.. aku akan cuba untuk mengamalkan ape yang telah diamalkan oleh arwah atuk aku.. sentiasa mengamalkan hidup dengan ikhlas mencari keredhaanNya..

kerana keikhlasan hati itulah merelakan kita untuk sentiasa tinggal dan hidup di bumi Allah ini..
dan hidup secara simple dan tanpa rasa takut kepada masalah menjadi sumber kehidupan kita..insyaAllah...



AhmadIqbalHakim

Jam 6.34 petang, Jumaat 15 Oktober 2010...

No comments:

Post a Comment