Wednesday, July 7, 2010

In The Morning With Silentness..


Carles Puyol scores the lone goal in Spain's 1-0 victory over Germany in the World Cup semifinals.


assalamualaikum.. yo!!

kembali kita dalam rancanga Iqbal.. hehehe.. yer, hari nie saya amat gembira sekali sebab pasukan Sepanyol telah melangkah ke Final...

ramai menjangkakan pasukan German yang kerjanya membantai pasukan dengan jumlah 4 gol setiap perlawanan akan membuatkan peminat Spain seperti saya gelisah dan gundah gulana..

hahaha.. tidak sama sekali.. pemainan yang terbaik telah ditunjukkan oleh pemain Sepanyol.. dengan percubaan David Villa, Fernando Torres pada separuh masa kedua serta pemain lain seperti Xavi, David Silva dan Iniesta.. mereka menunjukkan bahawa tanpa samba Brazil atau counter-attack German.. mereka masih bergaya..

buat apa nak banyak gol.. cukup saje dengan satu gol memadai untuk melayakkan Sepanyol ke perlawanan akhir di Soccer City.. tandukan berbisa Puyol menjadi tandukan emas yang membawa Sepanyol ke perlawanan akhir menentang Oranje iaitu Belanda..

tandukan pada minit akhir dari Puyol telah menyebabkan German mula bermain secara agresif namun itu tidak memadai.. ada mengatakan bahawa disebabkan Muller tidak bermain makan semangat German untuk menguasai permainan hambar namun perlawanan semalam jelas tidak menunjukkan German lemah..

beberapa counter-attack Germany yang sememangnya laju dan pantas dapat diselamatkan Iker Casilas selaku kapten pasukan Sepanyol.. permainan lebih memihak kepada Sepanyol dengan penguasaan bola hampir 60 % dan kekemasan passing dan corak serangan yang pelbagai..

pujian patut diberikan kepada Sergio Ramos kerana banyak membantu dalam bahagian serangan di sebelah kanan.. sememangnya pemain yang merbahaya.. crossingnya yang boleh dikatakan tepat dan gerakan penyudah yang dapat membolosi pertahanan German yang terdiri dari pemain yang tinggi lampai semuanya..

apa yang pasti perlawanan pada pukul 2.30 pagi itu sememangnya sempurna di mana tiada kad kuning atau pemain yang keluar padang.. cuma ada sedikit sebanyak kontroversi mengenai pemain Sepanyol yang banyak menerima offside dari pengadil..
apa-apa pun tahniah Spain!!! Jumpa di Soccer City...

iqbalhakim

p/s : amacam? leh jadi Hasbullah Awang x? @ Abu Bakar At
an

1 comment: