Alhamdulillah aku diberi peluang lagi untuk mencurahkan pemikiran aku dalam blog nie serta things that happen all around me... well, semalam aku pergi suntikan vaksin Hep B yang ke-3, sememangnya lenguh tangan nie.. dan jugak adik perempuan aku yang kedua balik..
Norsyafiqah.. baru je lepas Final EXAM.. belajar kat Sepang..
hari nie berlangsungnya majlis cukut jambul untuk adik ke-7 aku ( wah, ramai tue.. ) Muhammad Arifillah ( nama cam member aku.. Arifi Putra.. ) di rumah. Majlis yang ala kadar ini sememangnya dinantikan oleh mak dan ayah aku sebab inilah majlis cukur jambul terakhir untuk adik aku.. ( xder dah ke-8 pasnie.. hehe..)
aku amat terharu dan tersentuh bila mak aku sanggup gadaikan rantai emas dia untuk majlis adik aku nie.. ( pengorbanan yang memang kalau seorang anak tahu.. menitis air mata.. )
aku rasa majlis yang lain selama nie pun dia buat macam nie gak cuma masa tue aku kurang mengerti..
majlis nie dihadiri oleh kaum kerabat dan orang-orang kampung terdekat, mostly orang kampung aku nie sedara aku gak ( datuk aku dulu-dulu banyak kawin.. cerai.. meninggal.. tue yang ramai waris tue.. hehehe.. ) dimulakan dengan memberi manisan kurma @ kismis dengan air zam zam.. ( aku x ingat nama upacara nie.. tapi ada belajar dalam Pendidikan Islam.. )
majlis cukur jambul...
majlis selawat Maraban..
and that's all for today.. sebab aku nak pastikan bahawa setiap moment yang berharga akan aku letakkan dalam blog aku.. supaya aku sentiasa ingat dan juga mengenang jasa ibu dan bapa yang telah banyak membantuku..
yang mendidikku dari kecil hingga dewasa tanpa rasa jemu..
terima kasih....
iqbalhakim
p/s : serabut sebab exam dah nak dekat, 2 minggu lagi dan aku still x prepared.. ngee...
No comments:
Post a Comment